I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 26, 2009

Kenali Orang Kelantan yang "murtad"

Kenali Orang Kelantan yang "murtad"
Tok Pepijat

Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.

Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada.
Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.

Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.

Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.

Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.

sambungan di sini
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23876:-kenali-orang-kelantan-yang-qmurtadq&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Tuesday, December 15, 2009

Ulama Tidak Bina Minda Kritikal

Salhan K Ahmad | Dec 15, 09 11:49am

Para ulama lebih cenderung untuk menyalahkan 'dunia barat' atas kemunduran umat Islam sedangkan golongan ini sendiri tidak proaktif dalam membangunkan minda masyarakat supaya bersikap lebih kritikal, termasuk terhadap pandangan mereka sendiri.

Prof Tariq Ramadan, seorang tokoh pembaharuan Islam, berkata kelemahan ini dikesan antaranya disebabkan para ulama kini bukan sahaja jauh terpisah daripada ilmu-ilmu baru, khususnya bidang bukan agama, malah dilihat tidak lagi bersama orang kebanyakan dan golongan akar umbi.

"Ini adalah satu seruan kepada orang Islam supaya memahami di manakah masalahnya, dan apakah kita komited dengan perubahan yang kita uar-uarkan," kata ilmuan Islam berpengaruh itu dalam satu syarahan mengenai reformasi dan pembaharuan agama di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Bekas pensyarah di Universiti Oxford itu juga berkata, para ulama dilihat bercakap dengan menggunakan istilah-istilah yang sama, tetapi mengandungi makna yang berbeza-beza.

Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut.

"Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran.

"Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata.

"Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.

Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu.

"Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels.

Jelasnya, umat Islam juga perlu mengambil sikap lebih radikal, antaranya kewibawaan untuk bercakap tentang Islam juga perlu diubah dan tidak dihadkan kepada para ulama sahaja.

"Jadi siapakah yang perlu melakukannya? Orang-orang dalam masyarakat ini sendiri, mereka yang duduk secara pasif dan menyalahkan para ulama kerana tidak menjalankan tugas mereka.

"Ada di kalangan kita yang berada di kemuncak (kerjaya) dalam bidang masing-masing, tetapi apabila ditanya soal agama, mereka kata mereka tidak tahu apa-apa. Mereka bersifat keanak-anakan dalam bidang agama, tetapi pakar dalam bidang-bidang lain," katanya lagi.

Tambahnya lagi di depan kira-kira 300 hadirin, para ulama perlu memahami konteks perkembangan ilmu semasa dan hubungannya dengan asas-asas pemikiran untuk menangani dunia yang pesat berubah seperti hari ini.

Ulama pada masa lalu mampu mendalami ilmu bukan agama – yang membantu memahami agama dan kehidupan – dan pada masa sama menjadi pakar dalam ilmu-ilmu asas agama, jelasnya.

"Namun pengetahuan dalam bidang sains, dalam perubatan, malah dalam ekonomi kini sudah menjadi begitu kompleks sehingga memerlukan komitmen yang lebih mendalam untuk memahaminya.

"Jadi bagaimana kita hendak menguasai ekonomi sekiranya tidak ada di kalangan kita sekarang yang boleh memberi persaingan kepada sistem riba dan spekulasi pasaran?"

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh para ulama kini adalah dengan mengekstraksi sejarah kegemilangan Islam itu ke dalam model dunia semasa yang boleh dipraktikkan pada masa kini.

"Jika bercakap tentang sains (Islam), kita bercakap tengan Timur Tengah. Jika bercakap tentang seni bina (Islam), kita bercakap tentang Andalusia, kita cuma bercakap tentang sumbangan pada masa lalu, tapi apa sumbangan kita (kini) untuk masa depan?"

"(Pembangunan) ini adalah salah satu proses, tapi apakah wawasan kita? Apa yang hendak kita capai? Di mana hala tuju kita? Apa projek kita untuk Islam hari ini?"

Jelasnya lagi, masyarakat Islam kini tidak boleh hanya bergantung kepada ulama teks, tetapi memerlukan ulama dalam konteks bidang kepakaran masing-masing.

"Kita perlukan ulama dalam bidang perubatan, psikologi, sosiologi dan ekonomi dan dalam pendidikan untuk memberikan wawasan kepada kita," katanya di majlis bersempena pelancaran NGO baru Islamic Renaissance Front (IRF).

Tambahnya, masyarakat Islam seperti di Malaysia masih berkemampuan untuk mencapai kemajuan tanpa mengabaikan ciri-ciri budaya masyarakat setempat seperti dalam soal kesenian.

"Ada sesetengah ulama yang kata (bahawa) mendengar muzik itu haram, tapi janganlah kata saya yang dengar muzik ini kurang Islam daripada anda kerana saya dengar muzik.

"Jangan biarkan sesiapa di Malaysia atau dari mana-mana negara memberitahu anda (bahawa) untuk menjadi Islam anda perlu mengarabkan diri anda.

"Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan budaya Arab adalah budaya Arab. Budaya anda perlu menghidupkan Islam sebagai agama sejagat, ini perlu dijelaskan, kata Tariq lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/119858
15/12/2009

Wednesday, November 18, 2009

Tiru Cara Oxford Untuk Cemerlang

Oleh ANUAR AHMAD

KALI pertama 'mengenali' Universiti Oxford ialah semasa ayah penulis membeli set peralatan geometri untuk mata pelajaran matematik sewaktu darjah empat dahulu. Di luar kotak geometri itu terdapat lambang dan nama universiti tersohor ini.

Sejak itu cerita kehebatan universiti ini mula penulis kutip sedikit demi sedikit. Pernah guru penulis berkata, Universiti Oxford hanya untuk anak-anak raja sahaja. Anak petani dan nelayan walaupun pandai belum layak belajar di sana. Mungkin itu adalah kata-kata dorongan dari seorang guru.

Minggu lalu penulis berkesempatan ke bandar akademik ini - lawatan keempat ke sana. Perjalanan ke Universiti Oxford mengambil masa sejam dari stesen kereta api Paddington, London. Pelawat juga boleh menaiki bas ekspres dari stesen Victoria, London ke bandar Oxford. Ia mengambil masa sekitar dua jam.

Oxford merupakan universiti terbaik di Britain dan antara tiga universiti ulung dunia selain Universiti Harvard dan Universiti Cambridge.

Bagaimana institusi akademik yang dibina sejak 1096 ini masih berjaya mempertahankan keunggulan selama lebih 900 tahun? Apakah rahsia dan strategi pihak pentadbir?

Penulis ke sana kerana memenuhi jemputan rakan sepengajian yang kini mengajar di Oxford. Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita gunakan bagi meningkatkan keunggulan universiti kita.

Pertama, Oxford merupakan universiti yang berteraskan penyelidikan. Malah aktiviti utama pensyarahnya ialah menjalankan penyelidikan. Pelajar juga belajar melalui proses penyelidikan dengan seliaan tutor akademik atau "Don". Hampir semua pensyarah mempunyai geran dan mendapat dana penyelidikan luar selain yang disediakan oleh pihak universiti.

Melihat kepada senarai bidang penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan, kebanyakan kajian mereka bersifat inovasi terutama di dalam bidang-bidang baru. Pihak universiti dengan kerjasama sektor korporat nampaknya tidak takut untuk memberikan geran penyelidikan kepada bidang kajian yang masih baru dan belum pasti boleh dikomersialkan.

Tradisi ini sudah lama di Oxford. Lihat sahaja bagaimana penciptaan antibiotik penisilin di makmal patologi universiti ini pada 1928 oleh Sir Alexander Fleming - pakar bidang antibakteria. Ketika awal kajian, tiada siapapun menyangka bahawa ciptaan itu akan berjaya menyelamat nyawa jutaan manusia.

Laporan kewangan tahunan pada 2006 menunjukkan penjanaan geran penyelidikan Oxford mencecah lebih RM1.3 bilion. Ia tidak termasuk dana kerajaan Britain yang berjumlah hampir RM700 juta.

Pendapatan keseluruhan universiti ini pada 2006 melebihi RM3.8 bilion. Manakala pendapatan keseluruhan 38 kolej pengajiannya pula berjumlah hampir RM900 juta.

Kedua, sistem pengajaran di Oxford sangat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh kebanyakan universiti di negara lain termasuk Malaysia. Universiti Oxford dan Cambridge sejak ratusan tahun lalu masih mengekalkan kaedah pengajaran tutorial bersemuka antara seorang pensyarah dengan seorang atau sekumpulan maksimum empat pelajar.

Pelajar di universiti ini perlu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi untuk membuat penjelasan kepada pensyarahnya tentang projek penyelidikan mereka. Pelajar perlu bersedia mengolah teori, memberikan bukti serta mempertahankan penemuan mereka di depan penyelia mereka.

Menurut rakan penulis, bilangan helaian tugasan bukan sesuatu yang penting tetapi idea serta keupayaan mempertahankan idea lebih diberikan keutamaan. Budaya intelektual ini sebenarnya menajamkan daya pemikiran pelajar.

Ketiga, Universiti Oxford terbina di bandar Oxford. Hubungan universiti dan masyarakat sangat akrab. Kita hampir tidak dapat membezakan di jalanan antara pelajar dan penduduk bandar ini. Perbezaan yang ketara mungkin daripada segi umur sahaja. Kedaikedai kecil di Queen Street misalnya dipenuhi oleh pelajar di waktu tengah hari dan lewat petang.

Masyarakat sekitar memberikan sokongan kepada aktiviti akademik dan bukan akademik. Misalnya persembahan teater pelajar turut ditonton oleh pensyarah dan penduduk sekitar. Begitu juga program seminar dan diskusi. Bukan sahaja dihadiri oleh ahli akademik dan pelajar tetapi juga turut dihadiri oleh penduduk di sana.

Keempat, Universiti Oxford sebenarnya terdiri daripada 38 kolej pengajian. Mungkin berbeza dengan IPTA Malaysia yang menggunakan sistem fakulti atau sekolah pengajian. Melalui sistem desentralisasi pentadbiran kolej pengajian, universiti ini berjaya berkembang dengan baik.

Setiap kolej mempunyai sistem pentadbiran autonomi sendiri di dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan. Kolej Merton, Kolej St Mary dan Kolej Magdelan adalah antara kolej yang paling tua. Sementara Kolej St John dikatakan kolej yang paling banyak simpanan dana.

Hampir satu pertiga bangunan di bandar Oxford dikatakan milik kolej ini. Hasil sewaan dan pajakan hartanah ini menjadi punca utama dana untuk Kolej St John menjalankan penyelidikan dan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Pada yang pernah menonton filem Harry Potter, anda akan sempat melihat adegan di dewan utama Kolej Christ Church yang dikatakan dewan besar yang paling cantik di Universiti Oxford.

Kelima, jika kita berjalan kaki dari kolej ke kolej pengajian, kita akan melihat bagaimana tradisi dipelihara dan dijaga dengan begitu baik. Hampir semua bangunan kolej yang berusia ratusan tahun dikekalkan seperti binaan awal.

Cuma bahagian dalam bangunan dimodenkan. Kita tidak akan melihat papan tanda bersaiz besar sehingga melindungi dinding bangunan kolej. Cukup sekadar sekeping plak tembaga di sebelah pintu masuk utama kolej sebagai tanda kepada pelawat.

Bagaimanapun perubahan dilakukan dengan begitu hebat di bahagian dalam bangunan. Hampir semua bangunan dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini. Begitu juga dengan sistem ICT dan juga kemudahan untuk pensyarah dan pelajar.

Mungkin pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tradisi dijunjung, perubahan dizahirkan menepati sekali dengan apa yang dilakukan oleh pentadbir Universiti Oxford!

Seperkara lagi, banyak tradisi serta penekanan kepada etika menjadi keutamaan kepada universiti ini. Misalnya jamuan tahunan setiap kolej dihadiri oleh kerabat diraja Britain dan duta asing.

Begitu juga dengan beberapa acara tahunan seperti pertandingan kriket antara kolej serta mendayung kayak. Banyak lagi tradisi seumpamanya dikekalkan sejak ratusan tahun dahulu.

Tidak sah kalau lawatan ke Universiti Oxford ini jika tidak menjejakkan kaki ke kedai buku utama penerbit Blackwell. Sesiapa yang pernah ke kedai buku ini pasti kagum dengan jumlah buku yang dijual. Ratusan ribu buah dalam pelbagai bidang ada di sini. Seharian berada di kedai buku ini sememangnya tidak cukup khususnya kepada peminat buku akademik.

Selain itu universiti ini juga mempunyai sistem arkib buku terbesar di Britain. Terdapat gedung stor buku yang dibina di bawah bumi Oxford. Semua penerbit buku terkemuka dunia akan menghantar senaskhah buku untuk disimpan di gedung ini.

Pihak arkib terpaksa membina sistem landasan kereta api tersendiri untuk kakitangannya berulang alik mendapatkan buku yang dipesan oleh pelanggan arkib.

Jika anda berhajat untuk meminjam buku di gedung buku ini, anda perlu menunggu di kaunter sekurang-kurang enam jam untuk menerima buku yang dipesan!

Pemerhatian yang terakhir ialah berkaitan aktiviti pelajar. Di luar dewan kuliah, pelajar giat menganjurkan pelbagai aktiviti ilmiah seperti debat dan seminar.

Mereka juga giat menganjurkan teater dan drama di hujung minggu. Selain itu kegiatan amal turut mendapat sambutan.

Sepanjang setahun lalu, persatuan pelajar Oxford telah menganjurkan siri ceramah oleh ahli politik Britain, para duta, bekas perdana menteri dan juga presiden dari negara serta tokoh-tokoh dunia korporat yang berjaya. Semuanya diuruskan sendiri oleh para pelajar.

Bagaimana dengan persatuan pelajar kita? Apakah bentuk aktiviti mereka? Apakah aktiviti yang dilakukan bagi menyokong pembudayaan intelektual mahasiswa?

Universiti Oxford telah melahirkan begitu ramai tokoh yang mempengaruhi perjalanan sejarah dunia sejak dahulu. Nama-nama seperti Bill Clinton, Indra Ghandi, Stephen Hawking, Rupert Murdoch dan ramai presiden di Eropah, Asia dan Afrika.

Universiti ini juga menghasilkan 47 penerima Hadiah Nobel, 25 orang Perdana Menteri Britain, lebih 30 perdana menteri dan presiden pelbagai negara, puluhan sasterawan dunia seperti John Fowles, Evelyn Waugh, Lewis Caroll dan Plum Sykes.

Selain itu ia juga menghasilkan ribuan saintis, pakar ekonomi, usahawan dan jurutera terhebat bertaraf dunia.

Usia universiti kita memang jauh lebih muda daripada Oxford. Jadi tidak rugi jika laluan dan pengalaman mereka kita analisis dan tiru. Jika Universiti Oxford berjaya mengekalkan keunggulan hampir 900 tahun, maknanya tradisi mereka sememangnya sudah teguh dan terbukti.

Tentunya kita juga ingin membina tradisi keilmuan di IPTA negara ini, maka apa salahnya jika sekali sekala menoleh ke Barat untuk mempelajari rahsia kejayaan mereka.

PENULIS ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia

-utusan-Rencana 18/11/2009

Wednesday, November 11, 2009

Masih Ada Yang Belum Sedar ...


masih ada yang belum sedar
tersendeng di tangga tanpa janggal
meratib dalam selimut cadar
khayal menyedut udara pejal
tanpa memikirkan apa yang perlu ditinggal

bangsa pendatang meluncur ke depan
bangsamu masih belum


Saturday, October 31, 2009

Al-Quran tidak menolak kebaikan tradisi Orang lain

Wednesday, June 18, 2008


MENGINSAFI bahawa sifat zaman berubah dan berdaya maju, ilmuwan dan ulama Islam sepanjang zaman membina tradisi ilmu, berfikir dan intelektual. Mereka merujuk al-Quran dan sunnah sebagai landasan mengembangkan prinsip asas yang Qurani. Begitu juga melakukan ijtihad dan pengembangan berasaskan fatwa dan kesepakatan ulama, ilmuwan dan profesional dalam kepakaran masing-masing. Ia faktor maju dan membangun tidak ditolak, tetapi tetap berlaku dalam acuan yang Islami.

Gambaran dunia Islam hari ini berlainan berbanding pada zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabieen dan yang mencetuskan tamadun besar. Pada waktu itu, prinsip murni Islam tidak saja dihayati dan dikembangkan dalam tradisi ilmu dan sistem pengurusan. Malah, sifatnya amat bersepadu. Keadaan itu menyebabkan ulama dan ilmuwan tidak saja amat ahli dalam ilmu mengurus diri, malah berkembang dalam ilmu mengurus sistem. Akhirnya, mencetuskan tamadun besar yang membolehkan Islam dilihat hebat dari sudut pengembangan ajarannya. Hebat juga dalam keupayaan ulama ilmuwan dan penganutnya dengan menampilkan peribadi besar untuk menjana kemajuan dan menggerakkan perubahan.

Pada hari ini wujud kebekuan ilmu dan tradisi berfikir yang amat ketara. Keadaan itu hingga menyebabkan umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan tamadun Barat. Mereka belum mampu melepasi diri untuk menyumbang ke arah pembangunan tamadun umat manusia. Namun, ia tidak bermakna ajaran Islam itu lemah atau tidak lengkap bagi mengatasi cabaran sezaman dan kerenah lingkungan. Namun, ia akibat suburnya dualisme dan sekularisasi ilmu serta pendidikan yang menyebabkan ajaran Islam sebenar atau sepatutnya terpinggir.Tradisi ‘turath’ atau bercorak tradisi tidak dapat dikembangkan bagi menghubungi metodologi berfikir kini yang lebih banyak menumpu kepada tradisi kajian dan fakta yang terputus dengan nilai tauhid dan nilai murni.

Teori ilmu berkembang secara empirikal dan asas ilmu yang bercorak keagamaan dianggap dogmatik dan tidak berorientasikan asas saintifik. Faham rasionalisme, humanisme, pragmatisme dan saintisme Barat berkembang pesat. Ia menjadi sumber rujukan dan kaedah utama dalam memperkasa proses pengilmuan dan pendidikan di kalangan sistem di negara umat Islam sendiri. Akhirnya, generasi yang lahir di kalangan warga umat ialah yang menyisihkan tasawwur atau ‘worldview’ ilmu dan pendidikan yang berteraskan nilai. Sebaliknya, berkembangnya sistem yang tidak menjadikan nilai dan etika sesuatu yang amat utama.

Skop pemikiran tidak lagi menghasilkan ilmuwan yang mempunyai upaya berfikir yang reflektif terhadap zaman dan perubahan. Tetapi sedang melakukan liberalisasi ilmu dan pemikiran berasaskan acuan Barat. Apa yang berlaku terhadap umat Islam ada sejarahnya. Sejarah itu menyebabkan wujudnya acuan yang menghasilkan ilmuwan Islam yang sifatnya terpinggir. Ilmuwan Islam tidak lagi menjadikan tradisi tadabbur dalam erti kata yang luas sebagai pedoman dalam melakukan kajian dan pengembangan. Sebaliknya, pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam kaedah penyelidikan hanya bersandarkan kepada fakta dan data yang dianalisis. Ia kemudian dijadikan rumusan atas hipotesis yang tidak terhubung langsung dengan nilai rohaniah dan kemanusiaan itu sendiri.Latihan intelektual ini tidak mampu menemui makna sesuatu yang terkait langsung dengan proses kejadian dan penciptaan, takdir dan musibah. Ia menyebabkan formula mengatasi masalah kemanusiaan yang parah semakin kehilangan punca.

Pada prinsipnya umat Islam tidak menentang Barat dari sudut faedah berbanding yang boleh didapati daripadanya. Apa yang disanggah oleh umat Islam ialah proses pembaratan yang memiliki tekad dan perancangan bagaimana minda dan tradisi keilmuan orang Islam dapat ditukar menjadi Barat. Seterusnya, meremehkan tradisi keilmuan dan pendidikan Islam yang terbina sekian lama dan terbukti pada masa yang lalu menghasilkan tamadun besar yang menyumbang kepada Barat dan Timur.Perkara ini harus jelas di kalangan umat Islam supaya tidak timbul tanggapan bahawa Islam mengajar tradisi keilmuan yang tertutup. Seolah-olah al-Quran tidak mengajar pentingnya ilmu yang bermanfaat daripada tradisi dan tamadun orang lain. Pengalaman proses ketamadunan umat Islam pada masa lalu, tidak menolak kepentingan berbanding yang baik dan bermanfaat daripada tradisi orang lain. Keterbukaan Islam untuk menerimanya menjadi faktor yang sentiasa hidup dan perlu dihidupkan, terutama di tengah penguasaan Barat terhadap ilmu alat pada masa ini.

Posted by mfrstudio at 8:56 AM

http://drsidekbaba.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Cerita Di Sebalik Gempa Bumi...

Cerita Di Sebalik Gempa Bumi di Tasik Malaya Dan Padang Sumatra






Saya berkesempatan bersolat jemaah dan mendengar khutbah dari Buya Alvis Chaniago, seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) minggu ini. Saya berniat untuk berkongsi maklumat yang saya dapati dari khutbah tersebut.

Organisasi Buya Alvis telah menghantar sebuah pasukan pembantu kepada mangsa gempa bumi Tasik Malaya (http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900SID/NSPR-7VJGAD?OpenDocument). Kita semua maklum pada 2 September 2009, sebuah gempa bumi pada skala Richter 7.3 telah melanda sebuah tempat bernama Tasik Malaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.

Setelah berlaku gempa tersebut, FPI menghantar pasukan untuk membantu proses dan kerja2 menyelamat serta pembinaan semula kawasan terbabit serta membantu mangsa2 Tasik Malaya tersebut.

Buya Alvis seterusnya bertanya mengapa Tasik Malaya dan Padang?. Dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia (Stesen Trans TV), seorang pakar seismologist memberitahu bahawa kawasan yang dijangka berlaku gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Menurut pakar itu, boleh dikatakan semua pengkaji di Indonesia menyatakan bahawa Jakarta akan menjadi tempat kedua kejadian gempa berlaku selepas Tsunami Acheh.

Seterusnya, berlakunya gempa di Tasik Malaya dan Padang benar-benar MEMBINGUNGKAN para pengkaji gempa di Indonesia, dan pakar itu berkata kejadian gempa ini adalah benar-benar kejadian yang menurut kehendak kuasa yang Maha Besar.

Kesah di Tasek Malaya

Buya Alvis menyambung lagi, setelah berada beberapa hari di TasikMalaya, di tempat kejadian gempa berlaku, barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.


Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyya di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyanni ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.
Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.

Mengapa Tidak Jakarta?

Keseluruhan mereka yang ahli dalam gempa di Indonesia memberitahu bahawa Bandar yang akan dilanda gempa selepas Acheh adalah Djakara. Namun, sehingga hari ini Djakarta masih tenang.

Sedangkan pusat maksiat terbesar di Indonesia adalah Jakarta berbanding bandar2 lain. Menurut Buya Alvis, walaupun wujud maksiat terbesar di Jaakrta namun kedapatan juga para ulama yang menjalankan usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar yang paling besar di Indonesia adalah di Jakarta.

Ulama2 yang besar2 dan usaha dakwah yang terbesar di Indonesia adalah di Jakarta yang mana inilah faktor menyebabkan Allah SWT menangguh adanya gempa di Jakarta. Buya Alvis berkata kalau pada satu hari nanti, ulama2 besar ini mengambil sikap tidak lagi mahu berdakwah dan melakukan kerja nahi mungkar dan menyerahkan kepada Allah SWT, pada hari itu beliau yakin Gempa yang ditahan oleh Allah SWT selama ini akan berlaku di Jakarta.

*http://perisik-rakyat.com

Tuesday, October 27, 2009

PENCEMARAN

BAB 13
ISLAM DAN CABARAN SEMASA
PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR (V1)

PENCEMARAN
….Para malaikat serentak berkata, Apakah Engakau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerosakkan dan menumpahkan darah di dalamnya..
Al-Baqarah : 30
Manusia bertanggungjawab untuk mencegah daripada berlakunya pencemaran dan memulihara alam ini dari sebarang kegiatan yang tidak sihat.

Jenis-Jenis Pencemaran

Pencemaran Udara
-kewujudan bahan kimia yang ada di dalam atmosfera dalam kuantiti dan jangkamasa tertentu
-mengandungi gas, cecair atau zarah yang boleh menjejaskan kehidupan
Punca pencemaran;
1-Asap kenderaan-karbon monoksida
2-Asap kilang
3-Debu kilang papan, kawasan pembinaan
4-Asap rokok

Pencemaran Tanah

- perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan
- bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik
Punca pencemaran;
1-Sisa toksik & sisa pepejal kilang
2-Pembungan sampah sarap di merata-rata
3-Penggunaan racun serangga secara berlebihan

Pencemaran Air

-perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan dan warna air sehingga tidak lagi selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusia

Punca berlakunya;
1-Bahan buangan kilang spt; bahan kimia, cat sisa-sisa logam
2-Sisa sampah harian/kumbahan
3-Penerokaan hutan -hakisan, tanah runtuh

Pencemaran Bunyi

-bunyi bising yang keterlaluan di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian sehingga mengganggu kehidupan
1-Bunyi kenderaan berenjin spt kapal terbang, kereta api dll
2-Bunyi mesin/jentera kilang
3-Bunyi dari kuari pemecah batu
4-Bunyi radio dan televisyen yang dipasang kuat
5-Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan

Sebab berlaku pencemaran;

Berpunca daripada sikap manusia
‘telah menjadi nyata kerosakkan di darat dan dilaut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)’
Ar-Rum : 41
i-Pengabaian terhadap amanah & tanggungjawab

-Manusia bertanggungjawab memikul amanah Allah S.W.T supaya memulihara alam dan segala isinya daripada kemusnahan
-Manusia juga hendaklah melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap alam

ii-Sifat tamak dan rakus

-Segala kerosakkan yang berlaku ke atas system ala mini sama ada di darat, di udara dan di air disebabkan sifat tamak manusia

‘kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh) sehingga kamu masuk kubur’
At-takathur 1-2
iii-Tidak bersyukur

-pembaziran dan pemborosan yang telah mengakibatkan pemusnahan sumber dan penghasilan bahan buangan
-hutan tropika diteroka
-habitat hidupan liar dimusnahkan

“Sesunguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat kufur kepada Tuhannya”
Al-Isra’ : 27
Cara mengatasi pencemaran

1-Akauntabiliti (Kebertanggungjawaban)
Setiap orang adalah bertanggungjawab ke atas semua tindak-tanduk dan akan dipanggil untuk dihisab atas penanggungjawaban

2-Memahami Konsep Ibadah
Ibadah dalam Islam amat luas skopnya merangkumi segala tindak tanduk yang baik yang memberi manfaat kepada semua dan makhluk lain serta alam sekelilingnya
-contoh; membuang duri dari atas jalan

3-Memberi Pendidikan & Kefahaman
Pendidikan perlu dilihat sebagai salah satu medium yang harus dititiberatkan
-contoh; risalah, iklan, ceramah dll

Saturday, October 17, 2009

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti:

وَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنْ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا(111)
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

atau doa kepada ibu bapa:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24)
dan lain-lain.

Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan
b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :
1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur'an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.


Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ
Maksudnya :
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.


c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.
Allah SWT berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud;
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.


d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f - Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.


g - Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.

Firman Allah :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنْ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)

Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.


h - Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .
i - Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah:
1. Kelas Fardu Ain
2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini..

http://asnahhamid.blogspot.com/

Monday, August 24, 2009

SOALAN TUGASAN INDIVIDU DUS 2142

SOALAN TUGASAN INDIVIDU DUS 2142
SEM 2 SESI JULAI – DIS 2009

1.Sistem syura merupakan tunjang sistem pemerintahan Islam. Bincangkan perbezaan sistem syura dengan demokrasi dalam sistem pemerintahan bernegara.
2.Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin sangat diiktiraf sebagai pemerintah terbaik selepas Rasulullah s.a.w. Huraikan bentuk-bentuk kecemerlangan yang telah dilakukan sepanjang pemerintahan mereka.
3.Jelaskan konsep nikah dalam Islam serta tanggungjawab keluarga mengikut pandangan jumhur ulamak.
4.Huraikan konsep pertunangan dan perwalian mengikut perbincangan ulamak.
5.Fungsi as-Sunnah dalam menentukan hokum. Bincangkan.
6.Sejaumanakah kedudukan Ijma’ dan Qias dalam pandangan Islam.
7.Kelebihan al-Quran sebagai sumber pandangan Islam. Bincangkan pandangan ulamak mengenai kedudukan al-Quran.
8.Hudud dan Qisas menjamin keamanan sejagat. Huraikan.
9.Bagaimankah baitulmal berfungsi dalam menjamin survival kehidupan berekonomi umat Islam.
10.Takaful, gadaian (ar-Rahnu) dan wakaf sebagai produk kewangan Islam yang menghapuskan unsur-unsur kezaliman.
11.Globalisasi tajaan barat mengancam sistem hidup umat Islam. Huraikan kesan-kesan globaisasi ke atas cara hidup umat Islam.
12.Islam agama yang tidak mendiskriminasi golongan wnaita. Jelaskan kedudukan wanita di dalam Islam.
13.Konsep perpaduan di dalam Islam perlu dipertahankan. Bincangkan konsep perpaduan di dalam Islam dan cabaran yang harus ditempuh oleh umat Islam.
14.Melahirkan pasangan suami isteri yang ideal menurut Islam amat dituntut. Bincangkan.
15.Penyelesaian terakhir/terbaik dalam penyelesaian rumahtangga ialah talak. Huraikan konsep talak dan rujuk dalam Islam.
16.Konsep pendidikan dalam Islam. Bincangkan.
17.Zakat merupakan salah satu rukun dalam rukun Islam. Bincangkan kepentingan zakat dalam kehidupan umat Islam.
18.Personaliti dan pandangan Saidina Umar al-Khattab yang dianggap melangkaui zaman. Bincangkan.
19.Amalan sekularisme dan liberalisme mengancam kedudukan Islam di Malaysia. Bincangkan.
20.Antara dasar perjuangan golongan feminisme ialah menuntut hak samarata dalam berkehidupan. Bincangkan.
21.Apakah faktor perpecahan umat Islam masakini dan berikan jalan penyelesaian.

* Panjang tugasan 8-12 muka surat sahaja tidak termasuk muka depan & rujukan, font Arial,saiz 12. spacing 1.5.
Rujukan paling kurang 5 buah buku, 3 rujukan internet.
Tarikh akhir hantar tugasan individu pada 11 Oktober 2009 (Ahad)

Tuesday, August 18, 2009

Surah Hafazan DUS 2142

Senarai surah hafazan sem 2 DUS 2142 (Institusi Islam & Cabaran Semasa)

1. Surah al-Kauthar
2. Surah al-Ma'un
3. Surah Quraisy
4. Surah al-Fil
5. Surah al-humazah
7. Surah al-'Asr
8. Surah al-Qadr
9. Surah al-'Alaq
10.Surah at-Tin
11.Surah asy-Syarh
12.Surah adh-Dhuha
13.Kaifiat solat jenazah

Makluman Test 1 & Soalan Tugasan Kumpulan DUS 2142

Assalamu'alaikum wbt...

Untuk makluman semua pelajar2 semester 1 & 2 sesi Julai-Dis 2009, tarikah ujian 1 DUS 1042 & DUS 2142 telah dipinda kepada 27 Ogos 2009 (Khamis) atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Untuk sebarang pengesahan dan penjelasan bagi subjek2 lain, sila berjumpa dengan pensyarah masing2.

Soalan Tugasan Kumpulan DUS 2142

Bab 4

Kump. 1 - Konsep, prinsip & falsafah perundangan Islam m/s-74-93
Kump. 2 - Ketiga : al-Sunnah m/s-94-105
Kump. 3 - Sumber sekunder m/s-106-120
Kump. 4 - Klasifikasi hukum m/s-121-136

Bab 5

Kump. 5 - Falsafah ekonomi & kewangan Islam m/s-138-147
Kump. 6 - Institusi ekonomi & kewangan Islam m/s147-155

* Tarikh akhir untuk menghantar tugasan kumpulan pd 10 sept. 2009 (Khamis)

Thursday, August 6, 2009

Ambo Nok Hok Ambo Sebagai Rakyat 03

Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan


TUMPAT, 5 Ogos (**) - Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur.

Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.

"Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.

Thursday, July 30, 2009

Ketahui Tentang 4 Perkara

4 ALAMAT ORANG CERDIK
1. Berani menempuh bahaya
2. pandai bermanis muka dengan musuh
3. pandai melihat kesempatan
4. dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 ALAMAT ORANG BERIMAN
1. meninggalkan maki
2. menjauhi menyakiti hati orang
3. lekas memberi ampun
4. teliti menjatuhkan hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL
1. Cinta pada ilmu
2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. bagus jawabnya
4. banyak benarnya

4 ALAMAT ORANG RENDAH
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 YANG MENIMBULKAN CINTA
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 SEMPURNA DENGAN 4
1. ilmu dengan larangan
2. agama dengan takwa
3. amal dengan niat
4. kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA
1. Teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah

4 MACAM PERCARIAN
1. pertama akal,ialah orang yang hidup dengan bertani
2. pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

Wednesday, July 22, 2009

Soalan Tugasan Individu

SOALAN TUGASAN INDIVIDU
DUS 1042 – TASAWWUR ISLAM
SEM 1 JULAI - DIS 2009

1.Menyapu khuf dalam Islam sebagai menggantikan membasuh kaki semasa berwudhuk dibenarkan di dalam Islam. Jelaskan konsep menyapu khuf dalam Islam mengikut pandangan Ulama’.
2.Hukum semasa perempuan berhaid, nifas dan istihadhah adalah berbeza-beza. Bincangkan kedudukan perempuan berhaid, nifas & istihadhah dalam Islam.
3.Huraikan syarat bertayammum dan sebab-sebab membatalkannya mengikut pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
4.Sujud tilawah merupakan sujud yang disunatkan di dalam Islam. Jelaskan pandangan fuqaha’ mengenai sujud tilawah dan perkara yang merosakkannya.
5.Mazhab Syafi’e merupakan salah satu mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Bincangkan pandangan mazhab Syafi’e mengenai solat qasar.
6.Solat jamak merupakan rukhsah yang disediakan ke atas musafir. Huraikan konsep solat jamak dan kaifiatnya mengikut pandangan mazhab yang diterima dalam Islam.
7.Puasa merupakan salah satu rukun yang terkandung dalam rukun Islam. Bincangkan konsep puasa Qada’, kifarat puasa, puasa kifarat serta fidyah puasa.
8.Konsep penggantian haji (upah haji) bagi yang tidak mampu atau sudah meninggal dunia di bolehkan di dalam Islam. Huraikan konsep penggantian haji di dalam Islam.
9.Nazar merupakan ikrar janji yang wajib dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jelaskan pengertian nazar dan perkara yang berkaitan dengannya.
10.Bincangkan hukum aqiqah dan dasar pelaksanaanya di dalam Islam.
11.Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Huraikan konsep riba mengikut pandangan fuqaha’.
12.Jual beli termasuk dalam muamalat yang dianjurkan di dalam Islam. Nyatakan hukum dan jenis-jenis jualan fasid dalam Islam.
13.Hudud dalam Islam merupakan satu pencegahan kepada permasalahan sosial. Bincangkan hukum zina dan pelaksanaan hokum hudud ke atas penzina.
14.Jihad merupakan satu seruan ke atas semua umat Islam untuk mempertahankan Islam. Bincangkan hukum jihad dan kaedah-kaedah berjihad dalam Islam.
15.Peminangan dalam Islam merupakan satu Sunnah yang dianjurkan. Jelaskan konsep peminangan dan permasalahannya mengikut pandangan syariat.
16.Islam membeza-bezakan status perempuan dalam isu perkahwinan. Huraikan keadaan perempuan yang haram dikahwini mengikut pandangan fuqaha’.
17.Wali merupakan salah satu rukun dari rukun-rukun nikah. Huraikan jenis-jenis wali dan halangan dalam perwalian.
18.Islam merupakan satu-satunya agama yang membela wanita yang dizalimi dalam isu perkahwinan. Bincangkan hukum tebus talak di sisi Islam dan kaitannya dalam membela kaum wanita.
19.Bincangkan hukum suami menuduh isteri melakukan zina (Li’an) mengikut pandangan fuqaha’.
20.Menyamakan bahagian anggota isteri dengan mahram adalah haram di sisi Islam. Huraikan syarat dan kesan zihar dalam rumahtangga.
21.Memberi mahar kepada isteri dalam perkahwinan merupakan suatu perintah yang ditetapkan dalam al-Quran. Bincangkan konsep mahar, syarat dan jenis-jenis mahar dalam Islam.

Sunday, July 12, 2009

Kita Sebenarnya......

Kita sebenarnya......


Kita sebenarnya......
lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......
lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji

Kita sebenarnya......
lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi Allah

Kita sebenarnya......
lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya......
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......
lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......
lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......
lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......
lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

Kita sebenarnya......
lebih bangga dgn kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......
lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??

Friday, May 29, 2009

Renunglah Masa Depan Anda Wahai Anak Bangsa..


Pertamanya Ust nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjawab paper ust tadi. Tahniah untuk kalian semua. Ada yang kata susah, ada yang kata payah. Tak ada yang tersenyum puas. Menawan. Sepertimana yangg ust selalu ingatkan kalian semasa lec, kehidupan sebagai seorang pelajar adalah kehidupan yang paling menarik dan seronok dalam hidup.

Tak perlu bekerja untuk mendapatkan wang belanja.
Tak perlu fikir tentang negara.
Tak perlu fikir tentang keluarga
Tak perlu fikir apa-apa..

Bangun pagi dah ada orang sediakan sarapan
Baju kotor dah ada orang tolong basuhkan
Takde duit, hujung bulan dapat elaun
Tidur....terlalu lena di hostel kolej
Seronok...

Sehingga kita terlupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Amanah yang perlu ditunaikan
Janji dengan keluarga yang perlu ditunaikan
Janji dengan pensyarah nak buat yang terbaik

Kenapa?

Sebab kita tidak memikirkannya
Tidak memikirkan masa depan
Tidak memikirkan halatuju
Tidak memikirkan amanah
Tidak memikirkan Tuhan

Sedarlah bahawa kejayaan bermula dengan pengorbanan dan kepayahan.
Ingat lagi surah An Nasyr yang ust tulis kat whiteboard dulu??

Fainna ma'al 'ursi yura
Inna ma'al 'usri yura..

-Maka sesungguhnya bersama kepayahan itu kesenangan (2 ; dunia akhirat)
Sesungguhnya bersama kepayahan itu kesenangan (2 ; dunia akhirat)..

Inilah FORMULA kejayaan manusia. Yang Allah rungkapkan dalam al-Quran.
Masih belum terlambat bagi siapa yang sanggup mengejar kejayaan
Masih belum terlambat bagi siapa yang sanggup berkorban..

Ingatlah wahai bangsaku
Bangsa mu bangsa yang hebat
Bangsa mu dulu penakluk lautan dunia
Bangsa mu dulu tak pernah kenal putus asa

" SESIAPA YANG MENAKLUK MELAKA, SEOLAH2 DIA MELETAKKAN PISAU DI LEHER VINECE"

Itulah pengiktirafan kehebatan bangsamu
Di bumi inilah bangsa mu masih bertapak

Bangkitlah mengembalikan kecemerlangan bangsa mu

Menjadi arkitek yang bertaqwa
Menjadi elektrikal yang beriman
Menjadi jurutera elektronik yang soleh
Menjadi jurutera bangunan yang amanah
Menjadi jurutera mekanikal yang tawaddu'

Itulah kamu yang perlu jadi...

.: Ayuh wahai bangsaku :.


Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI IBU...

SELAMAT HARI IBU 

Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul) 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak 
Bila bangun tidur, aku cari....mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak 
Bila nak bermanja, aku dekati.....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak 
Bila nakal, yang memarahi aku....mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak 
Bila takut, yang tenangkan aku....mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak 
Aku selalu teringatkan ....mak 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku....mak 
Yang selalu puji aku.....mak 
Yang selalu nasihat aku....mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak 

Aku ada pasangan hidup sendiri..... 

Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari....mak 

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak 

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak 

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 

Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ....... 

Tapi kalau mak sudah tiada.......... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... 




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... . 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00 
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda. 

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 
2-4 orang : Kamu sayang ibumu 
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Monday, April 13, 2009

CARA BERI TUMPUAN DALAM KELAS

CARA BERI TUMPUAN DALAM KELAS

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:
Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas

Tuesday, January 13, 2009

Akhlak Juru Dakwah - Sikap Halus Dan Sabar

Akhlak Juru Dakwah - Sikap Halus Dan Sabar

Dikutip dari buku: Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu anil Munkar

karya Ibnu Taimiyah

Amar ma’ruf nahi munkar harus dengan cara halus. Rasulullah saw bersabda:

“Allah bersifat sangat halus, menyukai sikap halus dalam

semua urusan; dan Dia memberi karena sikap halus itu, sesuatu yang tidak akan Dia berikan karena sikap kasar” [HR Muslim]

Juru dakwah (yg melakukan amar ma’ruf nahi mungkar) harus bersifat hilm dan tabah (sabar) terhadap setiap gangguan - sebab ia mesti menemui gangguan. Jika tidak hilm dan sabar, akan lebih banyak membawa mafsadat daripada maslahat.

Dalam kisah Al Qur’an, Luqman berkata kepada puteranya:

“Hai anakku, dirikan sholat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yg ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [QS 31:17]

Karena itu Allah menyuruh bersabar kepada para RasulNya (pemimpin amar ma’ruf nahi mungkar) seperti firmanNya kepada RasulNya terakhir - bahkan disertai dengan penyampaian risalah.

Firman Allah yang merupakan pengangkatan terhadap Muhammad sebagai RasulNya adalah surat Al Mudatsir yang diturunkan sesudah Al ‘Alaq. Sedang dengan Surat Al ‘Alaq, beliau diangkat sebagai Nabi. Dalam surat Al Mudatstsir itu Allah berfirman:

“Wahai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berikan peringatan. dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu bersabarlah.” [QS 74:1-7]

Allah memulai ayat-ayat risalah (kerasulan)-Nya kepada makhluk dengan menyuruh memberi peringatan, dan mengakhirinya dengan menyuruh sabar.

Allah berfirman:

“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami...” [QS 52:48]

“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhi mereka dengan cara baik.” [QS 73:10]

“Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari para Rasul..” [QS 46:35]

“Maka bersabarlah kamu (wahai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangan kamu seperti orang yang berada dalam” (perut) ikan (Nabi Yunus)...” [QS 68:48]

“Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan” [QS 16: 127]

“Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada

menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan.” [QS 11:115]

Karena itu, dalam tugas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar harus ada 3 perkara :

ilmu, halus dan sabar.

Ilmu harus sudah dimiliki sebelum melakukan tugas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, Sikap halus harus bersamaan dengan pelaksanaan tugas, dan sifat sabar sesudah pelaksanaan tugas, meski sebenarnya ketiganya harus ada dalam semua keadaan. hal tersebut -sebagaimana bersumber dari atsar dari sebagian orang-orang salaf yang diriwayatkan secara marfu’- diriwayatkan oleh Al Qodhi Abu Ya’la dalam kitab Al-Mu’tamad:

“Tidak boleh melakukan amar ma’ruf nahi munkar kecuali orang yang paham (punya ilmu) tentang apa yang ia suruhkan, paham tentang apa yang ia cegah, bersikap halus dalam apa yang ia suruh dan cegah, dan bersifat hilm (sabar) dalam apa yang ia suruh dan cegah.”

Dan ketahuilah, disyaratkan ketiga itu dalam amar ma’ruf nahi mungkar merupakan sesuatu yang menimbulkan kesulitan terhadap orang banyak. Maka disangka bahwa dengan itu kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar gugur dari mereka, hingga mereka tidak melakukannya. Terkadang yang demikian bisa memberi mudharat lebih banyak daripada mudharat yang ditimbulkan oleh amar ma’ruf nahi mungkar tanpa syarat itu, atau terkadang mudharatnya lebih sedikit. Sebab meninggalkan perintah wajib adalah maksiat, dan mengerjakan apa yang dilarang Allah, juga maksiat. maka orang yang pindah dari satu maksiat ke maksiat lain, bagai orang mencari perlindungan dari tanah yang sangat panas kepada api, atau seperti orang pindah dari satu agama sesat ke agama lain yang sesat pula. Terkadang yang kedua lebih buruk daripada yang pertama, bahkan sebaliknya, atau keduanya sama.

Maka bisa jadi Anda mendapatkan orang yang melalaikan amar ma’ruf nahi mungkar dan orang yang melampaui batas, kadang dosa yang satu lebih besar, bahkan dosa lainnya lebih besar, atau kedua-duanya sama.