I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 27, 2011

10 tahun atheis, akhirnya Dr Jeffrey Lang memilih Islam


Sejak kecil Dr Jeffrey Lang mempunyai sifat ingin tahu. Ia kerap bertanya logik sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional.

“Ayah, syurga itu ada?” tanya Jeffrey kecil pertama kali kepada ayahnya tentang wujudnya syurga, keduanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika suatu masa Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tidak ada tempat selain logik.

Semasa menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah Sekolah Katholik, Jeffrey Lang mempunyai kemusykilan rasional terhadap keyakinan akan wujudnya Tuhan.

Diskusi dengan pendeta sekolah, orang tuanya, dan rakan sekelasnya tak juga boleh memuaskannya tentang wujudnya Tuhan.

“Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah wujudnya Tuhan di usia 18 tahun.


Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlaku selama 10 tahun ke depan sepanjang menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.


Adalah beberapa masa sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami sebuah mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:


Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa perabot. Tidak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih agak kelabu.


Satu-satunya ‘hiasan’ adalah karpet bertompok merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.

Kami membentuk deretan. Saya berada di deretan ketiga. Semuanya lelaki, tidak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.
Terasa asing. Saya tidak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai.

Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kembali duduk di atas tumit kami. Semasa saya melihat ke depan, saya sedar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela.

Ia berdiri sendiri. Saya hanya boleh melihat sedikit punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan bentuk merah. Semasa itulah saya terbangun.


Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tidak terganggu dengan mimpi itu.

Ia hanya merasa nyaman semasa terbangun. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tidak tahu apa itu. Tak ada logik di balik itu, dan kerananya ia tidak peduli walaupun mimpi itu berulang.


Sepuluh tahun kemudian, semasa pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tidak hanya dengan seorang murid, Jeffrey pun tidak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga sang murid.

Agama bukan menjadi topik bahasan semasa Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga murid itu. Hingga setelah beberapa waktu salah seorang anggota keluarga muridnya memberikan Al-quran kepada Jeffrey.


Walaupun tidak sedang berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Semasa itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.


“Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika anda tidak menganggapnya serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Al-quran, atau kedua, ‘menentangnya’,” ungkap Jeffrey.


Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. “Ia (Alquran) ‘menyerang’ anda, secara langsung, personal. Ia (Alquran) mendebat, mengkritik, membuat (anda) malu, dan menentang. Sejak awal ia (Alquran) menorehkan garis perang, dan saya berada di wilayah yang berseberangan.”


“Saya menderita kekalahan parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahawa Sang Penulis (Al-quran) mengetahui saya lebih baik ketimbang diri saya sendiri,” kata Jeffrey.

Ia mengatakan seakan Sang Penulis membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan kemusykilan, namun selalu mendapati jawapannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Al-quran secara berurutan.


“Al-quran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghilangkan halangan yang telah saya bina bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya.” Jeffrey cuba melawan dengan keras dengan kemusykilan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. “Saya dituntun ke sudut di mana tidak ada lain selain satu pilihan.”


Semasa itu awal 1980-an dan tidak banyak Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan solat. Selepas pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.


Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Selepas syahadat, waktu s0lat Zuhur tiba dan ia pun diundang untuk beribadah. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah.


Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.


“Semasa saya melihat ke depan, saya boleh melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan bentuk merah.”


“Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, persis! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya terpegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba fokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa sejuk mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini benar! Lalu rasa sejuk itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran.”


Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualnya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT.


Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang membawanya kepada Islam. “Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan kepada saya,” ujar Jeffrey kini.


Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan mempunya tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi jurucakap di banyak persidangan Islam.


Ia mempunyai tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa ingin tahu yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia delapan tahun, Jameelah, selepas mereka solat Ashar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tidak sangka berasal dari anak di usia lapan tahun. Saya tahu memang jawaban yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tidak ingin membuang kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selepas menyusun jawapan di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sukar menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kamu akan mengerti, namun ayah akan cuba yang terbaik untuk menjawab pertanyaan kamu.”

_Tulahan_

Thursday, October 20, 2011

Hijrah bawa Aisha pada Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI


SEBELUM memeluk Islam, wanita warga Filipina ini adalah penganut agama Kristian yang taat dan patuh. Sebagai anak, Aisha Canlas akan bersama ibu bapa dan keluarganya untuk beribadat di gereja terutama setiap hujung minggu.

Mereka sama-sama berdoa tetapi dalam diri Aisha lain pula ceritanya. Beliau sering tertanya-tanya: "Benarkah di hadapannya kini sedang berdiri 'seorang' tuhan?

"Bagaimana seseorang itu dapat mengetahui bagaimana rupa bentuk tuhan? Kalau mereka tahu bermakna mereka pernah bertemu dengan tuhan, tetapi benarkah manusia boleh bertemu dan melihat tuhan?"

Pelbagai persoalan mengenai ketuhanan timbul di fikirannya walaupun ketika itu usianya masih terlalu muda untuk memikirkan soal-soal yang seperti itu.

Bairpun rumahnya terletak berhampiran sebuah masjid di kota Manila, Filipina, Aisha tidak merasakan beliau terganggu terutama dek laungan azan.

Malah beliau menikmati ketenangan dan kedamaian ketika mendengar suara azan.

"Saya akan memejamkan mata dan merasakan ketenangan menusuk ke jiwa apabila azan berkumandang meskipun saya tidak tahu makna di sebalik kata-kata dalam azan itu yang bagaikan suara muzik di hati saya," katanya.

Tetapi pada saat itu, beliau belum terfikir untuk memeluk Islam. Sehinggalah usianya meningkat dewasa, Aisha mengambil keputusan merantau ke Arab Saudi semata-mata untuk bekerja. Harapannya, memberi sinar hidup yang lebih baik kepada keluarganya.

Ketika itu beliau tidak bercadang mengenali Islam dengan lebih dekat. Kecuali perlu mempelajari soal budaya dan bahasa sebelum berangkat ke Arab Saudi.

Ini supaya tidak mengalami sebarang kejutan budaya setiba di sana di samping memudahkannya bergaul terutama di tempat kerja.

"Saya belajar mengenai budaya dan seluruhnya mengenai Arab Saudi terutama bahasa Arab walaupun agak sukar.

"Selain sedikit mengenai agama Islam yang menjadi anutan utama di sana," katanya yang bertugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Riyadh, Arab Saudi.

Aisha mengakui perjalanannya untuk memeluk Islam walaupun tidak sukar tetapi mengambil masa.

Beliau memperuntukkan sepenuhnya masa yang ada untuk mempelajari Islam bagi menambahkan keyakinan dan kekuatan apabila bergelar Muslim.

Lebih-lebih berada di Arab Saudi. Ia menyediakan suasana yang akhirnya membuatkan Aisha mengenali Islam dengan lebih dekat.

Beliau juga sering bertanya kepada para doktor di hospital tempatnya bertugas mengenai agama Islam. Mereka sangat membantu Aisha dengan memberikan jawapan walaupun di celah-celah kesibukan melayani dan merawat pesakit.

Katanya, mereka juga menggalakkannya mengikuti kelas-kelas pengajian Islam di sebuah madrasah yang terletak berdekatan hospital.

"Saya mula mengikuti pengajian di madrasah itu bertemankan teman sebilik bermula 17 Januari 2008.

"Pastinya kehadiran saya menjadi perhatian. Di samping sebagai pelajar baru, mereka hairan kerana saya seorang penganut Kristian mahu duduk sama-sama belajar dengan mereka.

"Namun sejak itu saya tidak pernah ketinggalan mempelajari Islam terutamanya membaca dan memahami isi kandungan al-Quran, mendengar sirah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad sehinggalah bagaimana sebenarnya kita mengenali Allah," tambahnya.

Dapat restu ibu

Pastinya Aisha semakin memahami Islam yang membuatkan beliau semakin yakin terhadap agama itu dan akhirnya keputusan besar harus dibuat.

"Saya menghubungi ibu di Filipina dan meminta izin agar memberi restu kepada anaknya ini bertukar agama daripada penganut Katholik untuk menjadi seorang Muslimah," katanya.

Alhamdulillah, permintaan dan niat Aisha untuk bertukar agama itu tidak mendapat halangan ibunya.

Tinggal lagi si ibu bimbang jika si anak akan melupakannya dan ahli keluarga lain, hanya kerana mereka kini berbeza agama.

Namun Aishah menjelaskan kepada ibunya bahawa sebagai seorang Islam, menghormati terutamanya ibu yang melahirkan dan ahli keluarga tetap akan menjadi keutamaan walaupun kelak mereka berbeza agama.

Akhirnya di hadapan guru yang mengajar dan para pelajar madrasah, Aisha melafaz dua kalimah syahadah.

Beliau mengaku, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu.

"Yang saya tahu, setelah mengucap dua kalimah syahadah itu seolah-olah telah terlepas satu beban yang sangat berat daripada bahu ini dan kedamaian yang sejuk meresap masuk ke dalam hati yang selama ini saya tercari-cari dalam kehidupan.

"Menjadi seorang Muslim sungguh luar biasa sekali rasanya," katanya.

Tindakannya memeluk Islam itu tentunya menimbulkan pertanyaan di kalangan rakan-rakan.

Lalu Aisha menjawab tidak ada seseorang atau sesuatu yang patut disembah kecuali Allah SWT dan Nabi Muhammad itu adalah rasul-Nya.

"Namun ada yang menuduh saya mengkhianati agama saya yang dulu, Katholik apabila memeluk Islam.

"Tetapi di lubuk hati saya mengatakan bahwa itu tidak benar. Saya masih yakin atau percaya kepada Jesus atau sebenarnya Isa sebagai salah seorang nabi dan bukannya tuhan sebagaimana yang disembah sebelum ini.

"Baginda hanyalah manusia sebagaimana manusia yang lain dan hanya diberikan sedikit keistimewaan hanya kerana beliau seorang Nabi seperti Nabi-Nabi Allah yang lain," tukas Aisha.

Aisha sangat beruntung dan bahagia apabila bergelar saudara Muslim, seterusnya berpeluang mengerjakan umrah dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.

Baginya, pertama kali melakukan ibadat umrah itu adalah satu pengalaman yang sangat istimewa dan tidak akan beliau lupakan.

"Sepanjang beribadat dan berada di hadapan kaabah saya begitu berharap dan berdoa pada Allah SWT agar saya dapat meyakinkan seluruh ahli keluarga saya untuk masuk Islam juga.

"Saya ingin mereka selamat daripada api neraka pada hari kiamat nanti," harap Aisha

Tuesday, October 18, 2011

Al-Qardawi: A Man of Reform

Posted on Jan 04, 2010
By Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Translation by Umm Jaabir (weproofread4u.blogspot.com)



The coming of Dr Yusuf al-Qardawi to Malaysia was most welcomed. Though I was not able to attend his lecture yesterday morning, in which I was told he talked about his recent book, Fiqh al-Jihad, I had already purchased a copy few of months ago. This book is among his major work after Fiqh az-Zakaah.

I am among Dr Yusuf al-Qardawi’s admirers. It is not due to his name, but rather his intellectual scholarship. His books contain analytical values and very much free from any madhhab (school of thought) fanaticism. He is one of the respected reformers who calls toward the vastness of fiqh (jurisprudence), and the freedom of the mind from zealotry toward a scholar’s opinion, rather to analyze every opinion in justice based on the Qur’an and the Sunnah.



In his recent book, he mentioned about his methodology of writing:

“To benefit from the treasure of Islamic fiqh and to honor the vastness of its ocean are not by being inclined only to a madhhab, without looking at other madhaahib, or to limit oneself to an Imam, without looking at other Imams.

Rather, we acknowledge this great inheritance (of fiqh) is owned by every researcher, for him to delve deep into its core, to uncover its reserves, to dig in every corner, to compare an opinion with another, or an evidence with another, without being extreme to one opinion or continually following a madhhab blindly.

Moreover, sometimes we take from the opinions of Abu Hanifah, then Malik’s, then Shafi`i’s, then Ahmad’s and then Dawood’s (meaning Dawood adh-Dhahiri, the literalist). We may also, in few minor issues, leave the Sunni madhhab for Zaidiyyah or Ja`fariyyah or `Ibadiyyah madhhab, if we find in them the solution to our problem.

We may also take opinions from the lost madhaahib (pl. madhhab) such as those of al-‘Auza`ee, ath-Thawree and at-Tabaree. Furthermore, there are times when we leave all madhaahib to enter the spaciousness of fiqh (jurisprudence) of the Prophet, sallAllahu `alayhi wasallam, the tabi`een (followers of the Companions of the Prophet), and atba` at-tabi`een (followers of the followers of the Companions of the Prophet), all of whom did not subscribe to any madhhab. These are people like the Righteous Caliphs, Ibn Mas`ud, Ibn `Umar, Ibn `Abbas, `Aisha, Mu`adh, `Ubay ibn Ka`b, Zayd ibn Thaabit and the rest of the Companions, radhiyAllahu `anhum ajma`een.

This also includes their students, such as those known as the seven fuqahaa (experts of Islamic jurisprudence) of Madinah, as well as those in Makkah, Koofah, Basrah, Egypt, Shaam and other areas resided by the Companions and their students. Among them are: Sa`eed bin al-Musayyib, Sa`eed bin Jubayr, `Ikrimah, Mujaahid, `Ataa, Tawoos, al-Hasan al-Basree, Ibn Sireen, ‘Alqamah, al-Aswad, Masrooq, an-Nakha`ee, al-Layth ibn Sa`d, and others..” (Fiqh al-Jihad, 1/24, Cairo: Maktab Wahbah)

My thought is that, if there were people who wanted to hold onto such liberty of madhhab and intellectualism in Malaysia, surely there will be crowds who accuse them as “madhhab defiers”, or disrespecting the effort of our forefathers, or leaving the Shafi`i madhhab, or thinking that he is too smart, and others. Even more tragic is to be labeled as Wahhabi and deviated.

Perhaps this is why our religious opinions are rigid, and our new generation is not able to see the broadness of Islam due to our confined mindset. The so-called “respecting our fiqh treasures in Tanah Melayu (the Malay Federation)” is taken out of context to the extent that we forbid others to carefully study opinions from other madhaahib. We forget that such action causes us to exclude and deny the abundance of our scholarly resources from various schools of thought existed in this ummah. The fault is not at ascribing to a madhhab, rather the fanaticism in ascribing to a certain madhhab, such that anything different is wrong, and the refusal of evaluating the currently practiced opinion merely because “this is our madhhab!”

For that reason, Dr Yusuf al-Qardawi mentioned while talking about Manhaj Mu`asir li al-Fatwa (The Current Method in [Giving] Fatwa), that the first issue is to “release one self from fanaticism and blind following”. He said:

“Firstly, to free oneself from madhhab fanaticism and blindly following a person, whether he is among the past or present scholars. It was said that ‘a person does not blindly follow another except that he is a fanatic or an idiot.’

I will not let myself succumb to one of these characteristics. To free oneself from madhhab fanaticism is actually the greatest honor for the imams and the faqeeh (Muslim jurist). To not follow them blindly is not dishonoring them; rather it fully agrees with their methods and executes their will, which was to not follow them blindly.

We take the religion from the resources that they took (al-Qur’an and as-Sunnah). Also, to not blindly follow them does not mean that we are neglecting their fiqh and legacies. On the contrary, we should refer to them and benefit from the various schools of thought, without prejudice or fanaticism. This view does not require a Muslim scholar to have an independent understanding that reaches the level of absolute ijtihad (to exhaust all of one’s effort in studying a problem thoroughly and seek a solution for it from the legal sources – the Qur’an and the Sunnah) like the previous imams or scholars.” (al-Qardawi, al-Fatwa bayn al-Indibad wa at-Tasaiyub, pg. 101, Beirut: al-Maktab al-Islami)

Phrases such as “freedom of knowledge” and the “freedom from the shackle of extreme zealotry” are strongly detested by some groups. They have been controlled by fanaticism for so long that they would never ask or question anything taught by their teachers and subsequently, their religious mindsets become idle and exhausted by current challenges.

Nevertheless, these groups still insist on inheriting the “religious empire”, whose leaders are not to be questioned, or their views be revised. These people then gave the fatwa of “one who leaves a madhhab is deviated,” or “one who asks too many questions or criticize our views or our customs is being rude.” Moreover, any who tries to understand Islam in a different manner than what was explained to them, then “he is deviated and have fallen outside the fold of Ahlus Sunnah (the people of Sunnah).”

For them, it is as if all the scholars of Islam from other madhaahib are astray and not from among Ahlus Sunnah such that we are prohibited from studying, understanding and taking their researches! This issue worsens when the tareeqah sects thrive in our country of late. Many among the tareeqah members who hold on the tradition of “don’t ask, just follow” are extremely angered at the new movement, which demands for the minds to be functional in practicing this religion. Islam is a religion of fitrah (natural inclination/conscience) and balance. The mind is of utmost importance in Islam such that the crazy or the person whose mind has not reach maturity will not be judged with sins or rewards.

Ibn Taymiyyah

Although al-Qardawi is not fanatical toward any figure or scholar, it definitely does not indicate the he does not have the most beloved or most respected scholar. Dr al-Qardawi once said:

“Al-Imam Ibn Taimiyyah is from amongst the scholars of the ummah that I love. Perhaps he may be the most beloved to me of them all, and the closest to my way of thinking.” (Al-Qardawi, Kayf Nata`amul ma`a as-Sunnah, pg. 170, Egypt: Dar al-Wafa).

Almost all of his books are filled with the works of Shaykh al-Islam Ibn Taimiyyah (d. 728H) and his student, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (d. 751H). This is because, these two renowned scholars were known with their efforts in reforming the ummah and liberating them from fanaticism, rigidity, and the laziness to think.

Al-Qardawi said in ath-Thaqafah al-`Arabiyyah al-Islamiyyah:

“Ibn Taimiyyah and his institution are salafis. They are truly the revivalists. None tries to deny their ideas and thoughts in revivalism, except that he is an obstinate.” (p. 59, Cairo: Maktab Wahbah)

Groups that are madhhab fanatics like the Ahbash disapprove of him (al-Qardawi) because he often refers to Ibn Taimiyyah. Al-Qardawi said:

“Included amongst the odd things is that the Ahbash vilify me as a Wahhabi and zealous with the imams of Wahhabi because often times, I quote a lot from Ibn Taimiyyah and Ibn al-Qayyim and their schools when I talk, while they (the Ahbash) accused Ibn Taimiyyah and Ibn al-Qayyim as contradicting the ijma` in this and that matters…”

In Malaysia, anti-Ibn Taimiyyah groups thrive in some pondok (madrasah-type school), religious department and few other institutions. Some appear in TV and newspaper declaring Ibn Taimiyyah deviated, and furthermore a disbeliever. If they were to read the writing of al-Qardawi, surely the same accusations would fall on him.

Therefore, al-Qardawi too does not escape from being vilified. He was accused as a liberalist, Wahhabi, and others. These accusations originated from various groups, such as the madhhab fanatics, tareeqah fanatics, as well as the rigid and narrow-minded salafis. In addition, there are books that labeled him as “the barking dog”.

At the same time, the Western world too initiated animosity against him. This is because he works for Islam, [by means of] writing, delivering talks and lectures and planning. Prior to becoming a “giant” and renowned personality, al-Qardawi was jailed. Even more so, there are countries that deny him entrance into their countries. Such are the days that lies ahead for those working on da`wah and revivalism. A scholar or a repute person will remain as such, and there will be others that will come to his defense.

Saturday, October 15, 2011

BICARA BUAT SEORANG SULTAN



BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)


pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211.

Monday, October 10, 2011

FORMAT FOLIO SOLAT JENAZAH (PEJAM)

Perkara yang perlu ada dalam folio PEJAM bg yg tidak hadir semasa kursus PEJAM di adakan.

1. Isi kandungan

2. Pengenalan

- Pengenalan ringkas perbincangan folio anda
- Perbincangan ringkas tentang pengurusan jenazah muslim

3. Hukum & Kaifiat Pengurusan Jenazah

- Menjelaskan perbincangan ulamak tentang hukum pengurusan jenazah
- Kaifiat pengurusan jenazah bagi lelaki dan perempuan;
• Cara memandikan jenazah
• Cara mengkafankan jenazah
• Cara solat jenazah
• Cara mengkebumikan jenazah

*L/k 5m/s


4. Laporan Penglibatan Bersama Pengurus Jenazah
- Perlu menyediakan laporan bermula dari anda bersama pengurus jenazah
(@memerhati) memandikan jenazah, mengkafankan, menyolatkan jenazah,
mengiringi jenazah ke kubur dan mengkebumikan jenazah.
- Laporan perlu disertakan dengan gambar kebersamaan anda dalam setiap
pengurusan jenazah.

*L/k 5m/s


5. Penutup/rumusan



*Jumlah muka surat folio lebih kurang 10-12 muka surat.

Monday, October 3, 2011

Hudud: Antara yang Tersurat dan Tersirat

Written by Edry Faizal Eddy Yusof
Monday, 26 September 2011 07:30
Oleh Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic Renaissance Front [IRF]



Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.

Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO. Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.

Walhal apabila hukum hudud diseret ke gelanggang politik, maka perbincangan yang kritis dan wacana yang segar tentu sekali sukar berlaku. Yang popular itulah yang benar. Apa yang penting adalah merebut pengaruh dan terus berlumba-lumba membuktikan pihak sendiri jauh lebih Islam berbanding yang satu lagi. Maka tidak hairan secara tiba-tiba PAS tidak lagi bersendirian sebagai penyokong hukum hudud.


Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.”

Penangguhan Hudud

“Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Itulah seruan Prof Tariq Ramadan pada tahun 2005 yang menggemparkan dan mengundang pelbagai respon. Seruan itu tentu sekali merangkumi hukum-hukum yang dijustifikasikan dengan hujah agama. Dengan itu tidak dapat lari daripada turut menyentuh tentang hukuman hudud. Hujah-hujah beliau amat penting untuk dicermati bagi membantu menyoroti persoalan-persoalan tentang hudud dan hukuman kanun keseksaan yang lain. Serta apakah langkah kedepan yang boleh diambil.

Apabila umat Islam yang telah menjadi sebahagian daripada sebuah realiti baru, mereka diburu persoalan yang fundemental tentang bagaimana untuk melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan di dalam kanun keseksaan Islam.

Perbincangan tentang hukum hudud banyak dicorakkan dengan pergelutan umat Islam mencari jawapan bagaimana untuk berpegang teguh kepada mesej Islam dalam dunia kontemporari. Serta persoalan bagaimana sebuah masyarakat dapat didefinisikan sebagai Islamik tidak sekadar hanya terhad dengan amalan peribadi sehari-hari.

Keghairahan Terhadap Hudud



Keghairahan dan semangat membara terhadap hudud menurut Prof Tariq Ramadan kadangkala disebabkan oleh keyakinan bahawa dengan melaksanakannya, maka terserlah karakter ‘Islamik’ sesebuah masyarakat. Dalam mengkaji fenomena ini dua bentuk penaakulan lazimnya membentuk dakwaan itu:

Pertama, perlaksanaan hudud menampakkan baik secara perundangan ataupun sosial perkaitannya dengan Islam. Kekerasan perundangan itu seakan mempamerkan rasa ketaatan terhadap perintah al-Qur’an yang menuntut penghormatan tidak berbelah bahagi kepadanya.

Kedua, penentangan yang datang daripada Barat, secara paradoks memcambahkan lagi rasa bahawa yang ditentang Barat itulah jalan ketaatan yang sebenar kepada ajaran Islam. Penentangan bersungguh-sungguh daripada Barat menjadi bukti yang memadai bahawa untuk membentuk karakter Islamik yang tulen, hududlah jawapannya.

Penaakulan yang bersifat terlalu berpegang kepada bentuk luaran tanpa mengambil kira objektif disebaliknya, dan penaakulan bersifat binari (kurang Barat bermakna lebih Islami) amat berbahaya. Hal ini adalah kerana kualiti Islamik itu ditentukan oleh nilai perundangan. bukan kepada apa yang dianjurkan, dipelihara dan dilaksanakan keadilan keatasnya.

Pelbagai Pandangan

Pelbagai ombak pemikiran berlabuh di dunia umat Islam hari ini maka perbezaan pandangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi dalam perihal hukuman hudud. Terdapat sebahagian kecil umat Islam yang menuntut agar hudud dilaksanakan dengan segera dan tegas. Menjadikan hal tersebut pra-syarat untuk sesebuah masyarakat yang majoriti Muslim diangkat sebagai ‘Islamik’.

Sebilangan yang lain pula berpandangan waima hukum hudud itu boleh ditemui di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, namun keadaan masyarakat haruslah adil dan ‘ideal’ sebelum hukuman itu boleh dilaksanakan. Maka keutamaan harus diberi pada perjuangan menegakkan keadilan sosial, menyelesaikan masalah kemiskinan, peluang pendidikan dan lain-lain. Terdapat pandangan yang juga minoriti bahawa nas-nas berkaitan hudud tidak lagi boleh digunapakai dan tidak sesuai lagi di dalam dunia kontemporari umat Islam.



Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.

Majoriti ulama’ baik dahulu dan sekarang berpandangan hukuman-hukuman itu secara keseluruhannya adalah Islamik tetapi keadaan yang membolehkan hukuman-hukuman itu dilaksanakan adalah hampir mustahil untuk diwujudkan semula. Dengan itu, hukuman tersebut adalah ‘hampir tidak dapat dilaksanakan’. Maka hudud hanya berperanan sebagai ‘pencegahan’ . Tujuannya ialah supaya ia menggetarkan kesedaran orang-orang beriman tentang beratnya kesalahan sesuatu perbuatan yang melayakkan hukuman sedemikian.

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan


Sebahagian bukan Islam bantah Hudud.

Prof Tariq Ramadan menegaskan bahawa beberapa persoalan asas perlu ditujukan kepada badan-badan penguatkuasa Islam di serata dunia berkaitan hudud. Tidak kira mana-mana tradisi baik Sunni mahupun Syi’ah. Tidak kira mana-mana mazhab baik Hanafi, Maliki, Syafi’i, Ja’afari dan lain-lain. Juga tidak kira kecenderungan aliran baik literalis, salafi, reformis dan sebagainya. Perkara ini amat perlu diberi perhatian sebelum boleh terus menganggap perbahasan tentang hudud ini sudah pun selesai.

Apakah nas-nas, termasuklah tahap kesahihannya yang menjadi rujukan untuk hudud? Di manakah garis pembeza untuk penafsiran-penafsiran yang ada dan di titik manakah perbezaan itu berlaku dalam sejarah perundangan Islam dan era kontemporari?

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk setiap hukuman menurut sumber itu sendiri, kesepakatan para ulama’ (al-Ijma’) atau secara persendirian oleh ulama’ tertentu melalui sejarah perundangan Islam dan fekah? Di titik manakah perbezaan pandangan terhadap syarat-syarat itu? Apakah ‘keadaan yang meringankan’ yang kadangkala dihuraikan oleh autoriti agama sepanjang sejarah berlalu serta di dalam mazhab-mazhab yang berbeza?

Konteks sosio-politik atau al-Waqi’ sentiasa diberikan perhatian oleh para ulama sebagai salah satu pra-syarat kepada perlaksanaan hudud. Disebabkan itu, penyertaan para intelektual terutama yang mahir dalam sains sosial diperlukan dalam perdebatan tentang isu ini. Oleh itu, dalam konteks hari ini, apakah berkemungkinan untuk melaksanakan hudud? Apakah keadaan yang diperlukan daripada segi sistem politik dan perlaksanaan kebebasan bersuara, kesamarataan di sisi undang-undang, pendidikan awam, penghapusan kemiskinan dan keadilan sosial? Yang manakah dalam bahagian ini menjadi perbezaan pandangan dan atas asas apa perbezaan ini terjadi?

Soalan-soalan ini semua bertujuan menjernihkan lagi isu yang diperdebatkan dengan memberi perhatian kepada keluasan penafsiran terhadap nas-nas dan mengambil kira faktor penentu keadaan kontemporari dan evolusi sosial. Proses muhasabah ini perlu bermula dengan memahami seiringan teks (nusus) dan konteks serta berpegang teguh kepada objekti dan mesej Islam.

Kesediaan ini memerlukan sepenuh kesungguhan , masa dan penyediaan ruang untuk berdialog dan berdebat. Ia tidak sepatutnya sekadar diperingkat nasional tetapi juga internasional, diantara para ulama’, golongan intelektual, dan dikalangan komuniti Islam itu sendiri. Sesungguhnya perkara ini bukan hanya berdasarkan kepada perhubungan dengan teks (nas) yang memerlukan kepakaran “ulama’ an-nusus” (ahli yang mahir dalam urusan teks); tetapi juga perhubungan dengan konteks (waqi’), yang selayaknya mewajibkan keterlibatan golongan “ulama’ al-waqi’” (ahli yang mahir dalam urusan keduniaan).

Diantara Yang Tersurat dan Matlamat

Matlamat atau objektif yang menjustifikasikan sesuatu nas itu (al-Maqasid) mestilah memandu bagaimana nas-nas hukum itu seharusnya dilihat. Dan diantara matlamat-matlamat itu telah ditentukan sejak awal lagi antaranya ialah pemeliharaan nyawa seseorang (an-Nafs) dan menegakkan keadilan (al-‘Adl). Perlaksanaan hudud secara literal dan tanpa mengambil kira konteks hanya akan mebuahkan ketidakadilan.


Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda. Sekalipun dikatakan bahawa hujah-hujah hudud itu jelas di dalam nas-nas. Namun Khalifah Umar al-Khattab faham bahawa perlaksanaan hudud dalam konteks tersebut hanya akan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan.

Keadaan negara umat Islam hari ini jauh lebih kompleks. Penindasan sama ada nyata atau tidak berpunca daripada tadbir urus yang buruk, sistem ekonomi yang rancu, rasuah, nepotisme dan lain-lain adalah sebuah ‘kemarau’ berpanjangan. Oleh itu perlaksanaan hudud yang tidak mahu mempedulikan konteks yang semakin kompleks ini bukanlah tanda ketaatan kepada ajaran Islam. Sebaliknya ia akan menjejaskan matlamat tertinggi ajaran Islam yang begitu mementingkan keadilan.

Langkah Ke Depan

Mengambil semangat Umar al-Khattab, keghairahan memastikan keadilan terpelihara lebih layak diutamakan berbanding melaksanakan hudud dengan mengabaikan konteks. Tumpuan juga sepatutnya pada usaha membentuk masyarakat yang terdidik sehingga mereka dapat melangkaui fatamorgana formalisme, yang hanya mementingkan bentuk dan rupa agama tetapi mengetepikan isi dalaman yang jauh lebih penting.

Menerapkan tafsiran, pendekatan dan hukuman yang bersifat keras dan menekan tidak akan menjadikan masyarakat lebih taat kepada ajaran Islam. Keupayaan untuk menggalakkan keadilan sosial dan pemeliharaan integriti setiap individu baik lelaki atau perempuan, kaya atau miskin sebenarnya yang akan memastikan ketaatan yang selayaknya. Mengikut norma Islam perkara yang utama adalah pemeliharaan hak-hak individu dan masyarakat, dan bukanlah menguruskan hukuman yang sepatutnya dijalankan dengan syarat yang ketat.

Sudah tiba masanya persoalan hudud dijauhkan daripada menjadi instrumen permainan persepsi dan sekadar bahan api yang membakar sentimen. Umat Islam sepatutnya menolak pengabsahan ajaran agama mereka oleh golongan formalis dan menumpukan kepada mesej mendalam Islam yang mengajak kepada kerohanian. Adalah penting untuk umat Islam mengalih perhatian daripada apa yang disekat oleh undang-undang kepada apa yang sepatutnya dipelihara oleh undang-undang itu. Yakni hati nurani, integriti, kebebasan dan hak-hak setiap manusia, serta keadilan yang sentiasa menjadi asas terpenting daripada ajaran Islam.

--------------------------------------------------------------------------------

Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic Renaissance Front [IRF] | Facebook