I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 29, 2011

Fenomena Hutang Dan Keburukannya

Oleh :
Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

http://zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html

Wednesday, September 7, 2011

Kecerdasan gagak menurut al-Quran dan sains


Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang merendahkan orang lain menyebutnya dengan "Otak Burung". Tetapi suatu hari, saya (Sahar El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat. Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.

Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan besar.

Pengkajian terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang tercerdas adalah Gagak. Yang ternyata binatang inilah yang merupakan binatang super cerdas!

Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak.

"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuannya malah melampaui dari kera besar," kata mereka.

Dalam pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak belum pernah lakukan sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi, namun gagak selalu berjaya mencari kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut.

Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses trial and error apapun!

Beberapa pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh beradaptasi dengan kawasan yang sangat berbeza, dari padang pasir ke pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah dalam keadaan paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak boleh mendapatkannya sendiri.

Ketika para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para penyelidik bertanya-tanya apa tujuan semua kecerdasan ini berfungsi, kerana burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepintaran jauh lebih sedikit?

Mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di alam daripada kehidupan burung yang sederhana?Sahar El-Nadi

Rahsia Di Dalam Suapan


Dulu semasa masih bekerja di advertising agency, ketika masih menjadi salah seorang brand designer Halagel, aku pernah diberitahu oleh eksekutif pemasaran Halagel sendiri bahawa, sejak umur kita 1 hari, sehingga 35 tahun, rata-rata daripada 'kita' sebenarnya telah makan 35 kilo babi. Aku tak pasti sama ada kenyataan beliau adalah untuk tujuan strategi pemasaran atau memang fakta sebenar. Tetapi walau apa pun kenyataan beliau, ianya cukup menggusarkan aku.

'Kita' maksud aku di sini, ialah kita lah. Orang melayu muslim kebiasaan seperti aku, kamu, kamu dan kamu- dan maksud 'makan' yang ingin aku jelaskan ialah bukan sahaja makan makanan yang mengandungi unsur babi, malah, menggunakan produk yang mengandungi unsur babi.

Shampu, burger, roti, kek, aiskrim, minyak wangi, segala bebola ikan ke ketam ke udang ke kibas ke, berus alat solek, ubat gigi, pencuci wajah, bedak, gincu, SUSU bayi dan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Mana nak lari? Kita tinggal di zaman yang membolehkan semua.

Malah, kita sendiri membina 'perisai' melalui kata-kata "Alah, tak tau takpe," yang menyelamatkan kita dari dosa haram kononnya. Dan aku percaya kebanyakan di kalangan kita selalu menggunakan satu perkataan keramat yang berbunyi TAWAKKAL. Sedangkan, golongan terdidik macam kita sudah cukup tahu bahawa, mencari yang HALAL itu adalah wajib untuk kita.

Jangan sesekali beli makan tak ada logo HALAL daripada JAKIM. Cut down terus.
Kalau masih ada logo halal, pastikan logik. Kalau makanan daging dalam tin misalnya, label bukan tulisan yang boleh difahami, ada pulak tu Logo Halal. Lupakan sahajalah. It's just a logo. Designer label tu yang tepek. KADANG-KADANG diorang tak mintak permit halal pun.

Kalau boleh cari pengeluar produk halal Malaysia. Alhamdulillah dah semakin banyak. Aku cadangkan Halagel, HPA, Safi, dan Forest Secret. Nak tau lebih lanjut, layari www.halal.com. Atau kalau senang pergi ke MIHAS fest atau Halafest. Di sana, kita boleh kenal pasti dengan lebih dekat produk-produk yang diiktiraf halal.
Sebelum masuk mana-mana restoren yang agak-agak kamu tak pernah pergi, atau tidak ada logo halal, seperti Sushi atau steak, selamba tanya, sama ada halal atau tidak. Aku pernah buat kat Sakae Sushi. Sebab aku tak pernah makan kat situ. Konon nak ajak Fandi makan sushi la. Alhamdulillah manager Sakae Sushi jujur mengatakan, "We're not Halal. We're just pork free".


*Ini aku jumpa di Carrefour Sri Petaling. Aku tak pasti bagi kopi ini, logo Halal yang tertera adalah logo halal palsu atau tidak.



*Buku ini sangat berguna. Tak rugi beli. Hanya RM18 dan aku percaya terjual di kebanyakan kedai buku.

Semenjak dari hari itu, aku pun boleh dikatakan berusaha jugak lah, mencari yang halal, pastikan yang halal semampu yang aku boleh. Aku pun baru je mula. Mari bersama mencari yang halal. Harap Allah bantu kita dalam hal ni

"Dalam kalangan pakar nutrisi terdapat ungkapan ringkas yang dipersetujui umum iaitu 'You are What You Eat' atau 'Kamu adalah apa yang kamu makan'. Selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku, mood serta keperibadian kita. Pada hakikatnya, makan memindahkan unsur-unsur tenaga daripada sumber makanan kepada tubuh kita. Ini adalah pemindahan tenaga daripada satu makhluk kepada makhluk yang lain.

Kehidupan secara nyata memperlihatkan mengenai hal ini. Lihatlah kambing. Karakternya yang lembut tidak terlepas daripada pengaruh pola pemakanannya sebagai haiwan herbivor. Pada ekstrim yang satu lagi kita dapat melihat babi yang sanggup memakan tahi sendiri. Babi juga pemalas dan suka melakukan seks bebas.

Karakter orang beriman dalam soal makanan adalah seperti lebah apabila memakan sesuatu. Apabila makan, makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas sesuatu yang baik-baik. Lebab hanya memakan makanan yang terbaik iaitu inti pati atau nektar bunga. Lebah juga mengeluarkan produk terbaik iaitu madu. Lain-lain karakter terpuji lebah yang mungkin berkait dengan pola makanannya yang selektif adalah bekerja keras, tertib dan profesional."

Dipetik dari buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - Dr. Adi Hashman.

Jadi bayangkan kalau tenaga daripada karakter babi ni, kita makan/guna/pakai pula. Apa pula rahsia dalam suapan kamu hari ni? Masih berbabi lagi?

Sekali lagi, pastikan Logo Halal adalah Logo yang asli dari JAKIM, ya. Kalau ragu-ragu baik tak payah peduli untuk beli.

Jangan main tawakkal kalau awal-awal dah rasa macam tak halal.

~Rahsia Dalam Suapan~

Tuesday, September 6, 2011

Tugasan Individu Dus 3142 Julai-Dis 2011

Tugasan Individu Mengikut Nombor Yang Telah Di Beri

1. Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin sangat diiktiraf sebagai pemerintah terbaik selepas Rasulullah s.a.w. Huraikan bentuk-bentuk kecemerlangan yang telah dilakukan sepanjang pemerintahan mereka.
2. Huraikan konsep pertunangan dan perwalian mengikut perbincangan ulamak.
3. Fungsi as-Sunnah dalam menentukan hokum. Bincangkan.
4. Sejaumanakah kedudukan Ijma’ dan Qias dalam pandangan Islam.
5. Kelebihan al-Quran sebagai sumber pandangan Islam. Bincangkan pandangan ulamak mengenai kedudukan al-Quran.
6. Hudud dan Qisas menjamin keamanan sejagat. Huraikan
7. Sistem syura merupakan tunjang sistem pemerintahan Islam. Bincangkan perbezaan sistem syura dengan demokrasi dalam sistem pemerintahan bernegara.
8. Bagaimankah baitulmal berfungsi dalam menjamin survival kehidupan berekonomi umat Islam.
9. Jelaskan konsep nikah dalam Islam serta tanggungjawab keluarga mengikut pandangan jumhur ulamak.
10. Takaful, gadaian (ar-Rahnu) dan wakaf sebagai produk kewangan Islam yang menghapuskan unsur-unsur kezaliman.
11. Melahirkan pasangan suami isteri yang ideal menurut Islam amat dituntut. Bincangkan.
12. Globalisasi tajaan barat mengancam sistem hidup umat Islam. Huraikan kesan-kesan globaisasi ke atas cara hidup umat Islam.
13. Zakat merupakan salah satu rukun dalam rukun Islam. Bincangkan kepentingan zakat dalam kehidupan umat Islam.
14. Penyelesaian terakhir/terbaik dalam penyelesaian rumahtangga ialah talak. Huraikan konsep talak dan rujuk dalam Islam
15. Personaliti dan pandangan Saidina Umar al-Khattab yang dianggap melangkaui zaman. Bincangkan.
16. Amalan sekularisme dan liberalisme mengancam kedudukan Islam di Malaysia. Bincangkan.
17. Antara dasar perjuangan golongan feminisme ialah menuntut hak samarata dalam berkehidupan. Bincangkan.
18. Apakah faktor perpecahan umat Islam masakini dan berikan jalan penyelesaian.
19. Islam agama yang tidak mendiskriminasi golongan wanita. Jelaskan kedudukan wanita di dalam Islam.
20. Konsep perpaduan di dalam Islam perlu dipertahankan. Bincangkan konsep perpaduan di dalam Islam dan cabaran yang harus ditempuh oleh umat Islam.
21. Konsep pendidikan dalam Islam. Bincangkan