I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

SOALAN TUGASAN INDIVIDU : DUS 3142

SOALAN TUGASAN INDIVIDU
DUS 3142 INSTITUSI ISLAM & CABARAN SEMASA
SEM 3 SESI JAN – JUN 2011

1. Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin sangat diiktiraf sebagai pemerintah terbaik selepas Rasulullah s.a.w. Huraikan bentuk-bentuk kecemerlangan yang telah dilakukan sepanjang pemerintahan mereka.
2. Huraikan konsep pertunangan dan perwalian mengikut perbincangan ulamak.
3. Fungsi as-Sunnah dalam menentukan hokum. Bincangkan.
4. Sejaumanakah kedudukan Ijma’ dan Qias dalam pandangan Islam.
5. Kelebihan al-Quran sebagai sumber pandangan Islam. Bincangkan pandangan ulamak mengenai kedudukan al-Quran.
6. Hudud dan Qisas menjamin keamanan sejagat. Huraikan
7. Sistem syura merupakan tunjang sistem pemerintahan Islam. Bincangkan perbezaan sistem syura dengan demokrasi dalam sistem pemerintahan bernegara.
8. Bagaimankah baitulmal berfungsi dalam menjamin survival kehidupan berekonomi umat Islam.
9. Jelaskan konsep nikah dalam Islam serta tanggungjawab keluarga mengikut pandangan jumhur ulamak.
10. Takaful, gadaian (ar-Rahnu) dan wakaf sebagai produk kewangan Islam yang menghapuskan unsur-unsur kezaliman.
11. Melahirkan pasangan suami isteri yang ideal menurut Islam amat dituntut. Bincangkan.
12. Globalisasi tajaan barat mengancam sistem hidup umat Islam. Huraikan kesan-kesan globaisasi ke atas cara hidup umat Islam.
13. Zakat merupakan salah satu rukun dalam rukun Islam. Bincangkan kepentingan zakat dalam kehidupan umat Islam.
14. Penyelesaian terakhir/terbaik dalam penyelesaian rumahtangga ialah talak. Huraikan konsep talak dan rujuk dalam Islam
15. Personaliti dan pandangan Saidina Umar al-Khattab yang dianggap melangkaui zaman. Bincangkan.
16. Amalan sekularisme dan liberalisme mengancam kedudukan Islam di Malaysia. Bincangkan.
17. Antara dasar perjuangan golongan feminisme ialah menuntut hak samarata dalam berkehidupan. Bincangkan.
18. Apakah faktor perpecahan umat Islam masakini dan berikan jalan penyelesaian.
19. Islam agama yang tidak mendiskriminasi golongan wanaita. Jelaskan kedudukan wanita di dalam Islam.
20. Konsep perpaduan di dalam Islam perlu dipertahankan. Bincangkan konsep perpaduan di dalam Islam dan cabaran yang harus ditempuh oleh umat Islam.
21. Konsep pendidikan dalam Islam. Bincangkan

SOALAN TUGASAN INDIVIDU : DUS 1042

SOALAN TUGASAN INDIVIDU
DUS 1042 – TASAWWUR ISLAM
SEM 1 JAN – JUN 2011

1. Mazhab Syafi’e merupakan salah satu mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Bincangkan pandangan mazhab Syafi’e mengenai solat qasar.
2. Solat jamak merupakan rukhsah yang disediakan ke atas musafir. Huraikan konsep solat jamak dan kaifiatnya mengikut pandangan mazhab yang diterima dalam Islam.
3. Puasa merupakan salah satu rukun yang terkandung dalam rukun Islam. Bincangkan konsep puasa Qada’, kifarat puasa, puasa kifarat serta fidyah puasa.
4. Konsep penggantian haji (upah haji) bagi yang tidak mampu atau sudah meninggal dunia di bolehkan di dalam Islam. Huraikan konsep penggantian haji di dalam Islam.
5. Menyapu khuf dalam Islam sebagai menggantikan membasuh kaki semasa berwudhuk dibenarkan di dalam Islam. Jelaskan konsep menyapu khuf dalam Islam mengikut pandangan Ulama’.
6. Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Huraikan konsep riba mengikut pandangan fuqaha’.
7. Jual beli termasuk dalam muamalat yang dianjurkan di dalam Islam. Nyatakan hukum dan jenis-jenis jualan fasid dalam Islam.
8. Hudud dalam Islam merupakan satu pencegahan kepada permasalahan sosial. Bincangkan hukum zina dan pelaksanaan hokum hudud ke atas penzina.
9. Bincangkan hukum suami menuduh isteri melakukan zina (Li’an) mengikut pandangan fuqaha’.
10. Menyamakan bahagian anggota isteri dengan mahram adalah haram di sisi Islam. Huraikan syarat dan kesan zihar dalam rumahtangga.
11. Memberi mahar kepada isteri dalam perkahwinan merupakan suatu perintah yang ditetapkan dalam al-Quran. Bincangkan konsep mahar, syarat dan jenis-jenis mahar dalam Islam.
12. Islam membeza-bezakan status perempuan dalam isu perkahwinan. Huraikan kedaan perempuan yang haram dikahwini mengikut pandangan fuqaha’.
13. Hukum semasa perempuan berhaid, nifas dan istihadhah adalah berbeza-beza. Bincangkan kedudukan perempuan berhaid, nifas & istihadhah dalam Islam.
14. Huraikan syarat bertayammum dan sebab-sebab membatalkannya mengikut pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
15. Sujud tilawah merupakan sujud yang disunatkan di dalam Islam. Jelaskan pandangan fuqaha’ mengenai sujud tilawah dan perkara yang merosakkannya.
16. Nazar merupakan ikrar janji yang wajib dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jelaskan pengertian nazar dan perkara yang berkaitan dengannya.
17. Bincangkan hukum aqiqah dan dasar pelaksanaanya di dalam Islam.
18. Jihad merupakan satu seruan ke atas semua umat Islam untuk mempertahankan Islam. Bincangkan hukum jihad dan kaedah-kaedah berjihad dalam Islam.
19. Peminangan dalam Islam merupakan satu Sunnah yang dianjurkan. Jelaskan konsep peminangan dan permasalahannya mengikut pandangan syariat.
20. Wali merupakan salah satu rukun dari rukun-rukun nikah. Huraikan jenis-jenis wali dan halangan dalam perwalian.
21. Islam merupakan satu-satunya agama yang membela wanita yang dizalimi dalam isu perkahwinan. Bincangkan hukum tebus talak di sisi Islam dan kaitannya dalam membela kaum wanita.

Saturday, January 15, 2011

Dr Asri: Benarkan Hanya Azan Di Pembesar Suara

http://malaysiakini.com/news/153502
Penulis adalah bekas mufti Perlis. Profesor Madya Dr Asri adalah juga pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.



Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain



• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).



Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling



“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?
Tipu daya iblis



• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.