I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 2, 2011

Jadual Program Persatuan Pendidikan Islam (Jan-Jun 2011)

Assalamu'alaikum semua...

Berikut adalah jadual aktiviti Persatuan Pendidikan Islam sesi Jan-Jun 2011, kepada semua pelajar yang terlibat, sila jadualkan hidup anda.

1. Kem Asuhan Motivasi Solat (KAMUS), tempat di MRSM Kuala Terengganu, pada 3,4&5 Mac 2011.WAJIB bagi semua semester 1.Penyelaras: En. Muzri, Ust Rosli & Usth Cik Munirah.

2. Kursus Asas Sembelihan (PANTAS), tempat di Kolej, pada 12 Feb 2011. Wajib untk semua pelajar semester 2 & 3 sesi Jan-Jun 2011. Penyelaras : Hj. Mazli, en. Syafik, Hj. Mohd Alimin, pn. Siti Jamilah & pn. Rohayu.

3. Program Urusan Kerja Haji (PUPUK), tempat di Surau As Syabab, pada 12 Feb 2011. Wajib bagi semua pelajar semester 4 sesi Jan-Jun 2011. Penyelaras : En. Wan Shukri & en. Shahril.

4. Kursus Pra Perkahwinan (KPI), bertempat di Dewan Istiqamah, pada 25&26 Mac 2011. Wajib bagi semua pelajar semester 5&6 sesi Jan-Jun 2011(terbuka juga untuk pelajar semester lain dan orang perseorangan). Penyelaras : Ust Hafiz, pn. Siti Jamilah & pn. Azlina.

*sebarang pertanyaan, sila rujuk penyelaras program. Kepada semua Badan Perwakilan Pelajar & AJK program, sila bersedia dan merujuk penyelaras untuk sebarang tindakkan.

2 comments:

junhyung_ieqa said...

ustaz..
mcm ner nk gi..
dak elektronik sem 4 sume x gi lgi pantas..
so jdi tindan..
mcm ne ustaz..

:.. FANSURI ..: said...

to junhyung_ieqa:

untuk makluman elektronik sem 4,pantas stat kul 8pg (12/2/2011).mlm 11/2/2011 ada teori PANTAS di surau. Kamu wajib hadir. Esoknya kamu join dulu pantas sehingga jam 10pg,lps jam 10pg kamu perlu join PUPUK sehingga jam 1.00tghri.Selepas solat zohor,semua peserta PUPUK+PANTAS akan join mkn sama.Perkara ni elah dimaklumkan pd wakil BPP bhgian kerohanian program.Jadual program sedang dinaikkan dihostel.