al-Ustaz Isu Perdana: Susahnya Mendidik Diri
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM09.00(SM) dan RM11.00(SS)
Tahniah diucapkan kepada Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd, kini mengorak selangkah kehadapan apabila telah berjaya menerbitkan sebuah majalah yang berbentuk soal jawab yang diberi nama al-Ustaz. Majalah al-Ustaz kini boleh didapati di pasaran dan bakal merungkai segala persaolan-persoalan semasa dan remeh-temeh dalam perkara agama
yang sering timbul dibenak fikiran masyarakat. Al-Ustaz diwakili oleh kolumnis-kolumnis yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sama ada dari dalam dan luar negara. Corak penyampaian yang lebih santai, padat dan lengkap serta dikukuhkan dengan pelbagai dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi terhadap sesuatu persoalan/isu yang dibincangkan, menyebabkan majalah ini amat perlu dimiliki oleh setiap orang selain ianya mudah untuk difahami.
Sehubungan itu, kehadiran al-Ustaz di pasaran ilmu amat bertepatan sekali kerana mampu menjadi pelengkap kepada majalah-majalah ilmiah berbentuk keagamaan yang sedia ada disamping dapat memenuhi keperluan masyarakat yang kini semakin sedar akan kepentingan ilmu agama untuk merawat jiwa dan rohani.
Semoga al-Ustaz mendapat sambutan yang baik dan dapat dijadikan sebagai teman yang seterusnya dalam kehidupan selepas al-Quran dan hadis Nabi (yang merupakan panduan utama umat Islam) seiring dengan majalah Solusi yang merupakan majalah ulung Telaga Biru.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan keluaran al-Ustaz pada setiap bulan. Isu Perdana kali ini, mengemukakan persoalan mengenai "Susahnya Mendidik Diri: Apakah Penyelesaiannya".
ISI KANDUNGAN:
01. Ahsanul Kalam (Fatwa): Hukum memotong kuku ketika berjunub
02. Tadabur dan Tazakkur (Tafsir): Merasai kehebatan al-Quran
03. Aqidah: Hak asasi dalam Islam
04. Fiqah Harian: Bolehkah berwuduk dengan air laut?
05. Motivasi Keluarga: Seorang ayah yang panas baran
06. Fiqah Solat: Hukum solat hajat berjemaah
07. Islam Satu Cara Hidup: Tunaikan hak dijalanan agar aman?
08. Tajwid Qiraat: Ilmu tajwid dan Qiraat
09. Ayat-Ayat Cinta: Hanya peringatan daripada dunia
10. Fiqah Zakat: Jangan meremehkan kewajipan zakat
11. Belitan Iblis: Siapa Iblis sebenarnya?
12. Fiqah Puasa: Hukum mencium isteri pada siang hari pada bulan Ramadan?
13. Ayuh Fikir: Mudahkan, jangan sukarkan
14. Fiqah Dakwah: Bagaimana menghadapi cabaran berdakwah?
15. Bicara Muslimah: Jadilah ibu yang penyantun dan tenang
16. Fiqah Haji: Haji, ibadat yang paling suci
17. Bila Hati Diketuk: Bukti seorang munafik
18. Kemusykilan Remaja: Hati belum terbuka untuk menutup aurat
19. Tasbih Cinta: Hela nafas
20. Fiqah Hadis: Benarkah Rasulullah menjamak solat di Madinah?
21. Hikmah Ibadah: Akidah diri dalam ibadah
22. Jejak Rasul: Kemantapan hujah bagi menangkis kebatilan
23. Amar Makruf Nahi Mungkar: Berbuat baik terhadap haiwan
24. Perbankan Islam: Kukuh silaturahim dengan hutang
25. Bicara Tasawuf: Kemuncak matlamat tasauf
26. Fiqah Muamalat: Apakah hikmah jual beli disyariatkan
27. Santapan Rohani: Bukan sekadar hiasan
28. Fiqah Semasa: Sambutan hari ibu
29. Buat Diriku Yang Mudah Lupa: Cinta
30. Bicara Sunnah: Sunnah; sumber daripada Nabi
31. Bicara al-Quran: Surah esklusif untuk Muhammad s.a.w
32. Fiqah Non Muslim: Islam agama harmoni
33. Adab: Adakah Allah reda kepadaku?
34. Jejak Salafus Soleh: Taubat si peminum arak
35. Halal & Haram: Maksud logo halal JAKIM
36. Iktibar Dari Mahkamah: Padah silap memilih kawan
37. as-Siasah al-Islamiah: Perkataan siasah tiada dalam al-Quran?
38. Persiapan Mati: Mati satu kepastian
39. Iqtarabatis Sa'ah: Tanda kiamat kecil dan besar
40. Mantap Faraid: Faraid tidak adil kepada wanita?
41. Wasatiah: Meluruskan pandangan tentang konsep wasatiah
42. Macam-Macam Musykil: Bilakah disebut bertunang?
43. Muslihat Yahudi: Yahuza asal Yahudi
44. Fiqah Taharah: Najis atau kotor
45. Fiqah Didik: Anak soleh bermula daripada iman yang mantap
46. Fiqah Perkahwinan: Berkongsi kasih kerana poligami
47. Islam Dan Sains: Keajaiban al-Quran tentang sains
No comments:
Post a Comment