I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 18, 2010

Keajiban Sedekah

Gandaan pahala sedekah



Sememangnya gandaan pahala sedekah dan menderma di hari-hari biasa - apatah lagi di bulan Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w.

Antaranya: "Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis riwayat Ahmad, maksudnya: "Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah."

Di sini saya nukilkan kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang dipetik dari buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya, terbitan PTS. Moga-moga kita beroleh manfaat bersama.

Kisah teladan cukup bermanfaat



Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?"

Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."

Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."

"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.

"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.

"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"

"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28148:keajaiban-sedekah-terjemahan-quran-terbaik-dan-diabetis-yang-terabai&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

Sunday, August 15, 2010

Jadual Program P.P.I Sesi Julai-Dis 2010

1. KAMUS 1 (SEM 1) 30/9/2010-2/10/2010 MRSM KUALA TERENGGANU
-USTH CIK MUNIRAH+EN.MAZLI

2. KAMUS 2 (SEM 1) 14/10/2010-16/10/2010 MRSM KUALA TERENGGANU
-EN.MUZRI+EN.SYUKRI

3. PUPUK (SEM 4) 9/10/2010 KKTM PASIR MAS
-UST ROSLI+EN.SYAFIK

4. PANTAS (SEM3) 6/11/2010 PONDOK BANGGOL STOL
-EN.NIK SAMSUL+PN.AZLINA

5. PEJAM (SEM 2)28/8/2010 KKTM PASIR MAS
-PN.ROHAYU+PN SITI JAMILAH

6. KPI (SEM 4+5) *BELUM DITENTUKAN TARIKH KKTM PASIR MAS
-UST HJ MOHD ALIMIN+EN.SHAHRIL

Sunday, August 8, 2010

Menagih Jannah Di Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum wbt semua....

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita. Bakal menghirup kembali udara segar ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bahkan ia memberi rahmat kepada makhluk2 lain. Bila datang sahaja bulan ramadhan, maka akan berduyun2lah umat Islam baik yang kecil mahupun yang besar, baik yang tua apatah lagi yang muda untuk ke surau, untuk ke masjid. Atas tujuan untuk perbanyakkan pahala umumnya, dan untuk solat terawih khasnya. Pada bulan ini jugalah Allah memberi rahmat kepada seluruh umat Islam, mengampuni mereka, dan bila masuk fasa yang ketiga ramadhan,terlepas dari azab neraka bagi yang bersungguh melakukan ibadat. Bila sebut ramadhan juga, ramai yang akan berkejar2 ke masjid merebut malam alqadr. Atau biasa kita sebut sebagai lailatul qadr.



Namun ada juga jenis manusia, bila sebut sahaja bulan ramadhan, ramai yang akan merengus. Dah tak boleh hisap rokok, duit masuk dah kurang sebab orang akan berpuasa, prestasi kerja menurun, motivasi bertambah kurang dan macam2 lagi. Sedangkan ramadhan adalah bulan berkat. Mana mungkin sifat buruk tadi di sandarkan kepada ramadhan. Ini sebenarnya sifat buruk yang ditimbulkan dari hati mereka. Sedangkan bila Rasululullah ceritakan kelebihan ramadhan,ada sahabat bertanya, kenapa tidak dijadikan seluruh bulan adalah bulan ramadhan. Betapa fahamnya sahabat tentang nikmat dan hikmat bulan ramadhan. Ayuh wahai orang muda...kuatkan semangatmu untuk menyambut dan meraikan ramadhan al mubarak ini. Azamkanlah untuk membuang segala sifat buruk dengan menjadikan ramadhan sebagai medannya. Tambahkanlah amalan2yang dituntut oleh Baginda s.a.w.

Kepada semua pelajar2..raikan ramadhan dengan mengimarahkan rumah2 Tuhan seperti mana anda meraikannya di hari jumaat. Perbanyakkan dengan tadarus Quran, hayati terjemahannya. Moga anda dan kita semua mendapat petunjuk. Di akhir sya'aban ini ustaz mengambil kesempatan mengucapkan "ahlan wasahlan ya Ramadhan"..

Thursday, July 29, 2010

Ust Ada Kursus Di Besut

Assalamualaikum semua...

pada 2-5 Ogos 2010 (isnin-khamis) ust ada kursus

di Besut. Jadi kulaih pada hari tersebut tiada. Sebarang

masalah dan pertanyaan sila tinggalkan di box chatting.

Sila maklum kepada semua pelajar E1A & E1B. syukran

Tuesday, July 6, 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Oleh: blalang

"Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Takal/ Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Sunday, May 30, 2010

RAHSIA KEJAYAAN PENDIDIKAN RASULULLAH




Sistem pendidikan Islam menjadikan pendidikan Rasulullah SAW sebagai model dan ikutan. Rasulullah mendidik manusia bukan dengan ilmunya dan bukan dengan fikirannya yang direka-reka. Selaku pesuruh Allah, baginda mendapat wahyu dari Allah. Rasulullah SAW tidak menambah atau mengurangkan kehendak Al Quran dan Sunnah dalam pendidikan yang diwujudkannya. Apa yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah itulah saja bahan-bahan dan cara yang dipakai, yang telah berhasil mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang besar, dihormati dan penting dalam sejarah. Dalam waktu hanya 23 tahun saja, pendidikan Rasulullah SAW sudah berhasil mengubah manusia-manusia gurun yang liar menjadi malaikat-malaikat berupa manusia yang mampu menguasai 3/4 dunia dengan iman dan kasih sayang.

Al Quran dan Sunnah membahagi pendidikan kepada dua tahap: tahap Makkah dan tahap Madinah. Di tahap Makkah, Rasulullah membangunkan 'insan' bermula dengan keimanan. Sedangkan di Madinah, baginda mulai membangun fizikal, akal dan mental.

Punca kejayaan Rasulullah yang paling utama ialah kerana baginda belajar dengan Allah tentang bagaimana mendidik manusia. Oleh kerana Allah yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka Dialah yang paling tahu cara-cara mendidik manusia. Manusia, walau bertaraf nabi atau wali atau ustaz atau Perdana Menteri atau ahli falsafah sekalipun, tentu tidak semampu Allah dalam menyelesaikan berbagai masalah. Sebab itu siapa yang merujuk kepada Allah dan Rasul yakni Al Quran dan Sunnah, insya-Allah akan berhasil mengulangi sejarah kejayaan Rasulullah.

Bila dikaji secara ringkas, bahan pendidikan melalui A1 Quran dan Hadis yang diamalkan Rasulullah SAW adalah sebagai berikut:
1. Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran Allah, kuasa Allah, kehebatan Allah, kebaikan Allah, rahmat Allah serta nikmat-Nya.

2. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga Allah, rahmat Allah, keampunan Allah, bantuan Allah dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebutkan khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut.

3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia merasa gerun dengan Neraka dan azab Allah, serta ancaman-ancaman dan kemurkaan Allah. Hal ini didapati dengan menyebut perkaraperkara yang menakutkan manusia (tanzir).

4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia . Untuk itu, Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh yang patut dijadikan panduan hidup manusia.

5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat dari api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh Allah seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman dan lain-lain.

6. Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajarkan tentang syariat atau undang- undang Allah. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada pula perkara wajib, sunat dan harus yang perlu buat.
Demikianlah secara ringkas garis panduan tentang bahan-bahan pendidikan Rasulullah. Mengikutinya akan menjadikan seseorang itu beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dengan Allah dan dengan dapat kita lihat pada peribadi Rasulullah dan para Sahabat, merekalah orang yang paling banyak melaksanakan bahan-bahan didikan itu.

http://tokmalau.blogspot.com

Monday, May 10, 2010

Sajak-Sajak Untuk Ibu


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~Sulaiman~



Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…