I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 10, 2010

Ingatlah Kepada Ibumu


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

SELAMAT HARI IBU

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2010, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

Monday, April 5, 2010

Mohon Datang Awal

assalamu'alaikum wbt..

Kepada semua pelajar-pelajar yang ustaz ajar, ustaz minta sgt2 kamu semua datang awal pada setiap waktu kuliah ustaz. Lepas ni diharap tidak ada lagi yang datang lewat seperti sebelum ini. Jadikan pengajaran yang lepas sebagai renungan berguna untuk kamu. Renung-renunglah masa dean kamu serta janji kamu pada mak ayah kamu. Kamu perlu ubah sikap kamu untuk jadi yang bukan biasa2 seperti kawan2 yang lain. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang menghormati gurunya..

Wednesday, February 24, 2010

Tugasan Pembentangan DUS1042

Assalamua'laikum wbt...

Sila ambil perhatian tajuk2 presentation kumpulan masing2.

Kum 1 - Pandangan Semester Alam (ms 44-55)

Kum 2 - Konsep JIhad & Konsep Peradaban Tamadun (ms57-69)

Kum 3 - Keunikkan & Keistimewaan Tamadun Islam
Faktor Kejayaan & Kemerosotan Tamadun Islam (ms71-81)

Kum 4 - Sumbangan Tamadun Islam (ms 83-94)

Kum 5 - Seni & Keindahan (ms 97-106)

Kum 6 - Isu-Isu Semasa (ms 109-116)

*Buat dlm power point yg bersesuaian.font dari 24 dan ke atas.Background colour sesuai ngn font. Digalakkan letak picture,audio visual yg bersesuaian.Pembentangan akan bermula pada 21/03/2010 insyaAllah.Di harap buat preparation sebaiknya. Sila tinggakan sebarang persoalan di dlm box chat di sebelah.

Pembentangan & Tugasan Kumpulan DUS2142/3142

Assalamu'alaikum...

Perhatian untuk semua pelajar2 sem 2 sesi jan-jun 2010 dengan ust,di bawah ialah senarai tajuk pembentangan (beserta tugasan kumpulan) mengikut kumpulan yang telah ditentukan sebelum ini.

Kum 1 - Sumber Sekunder (m.s 67-76)

Kum 2 - Pengenalan Mazhab (m.s 76-86)

Kum 3 - Konsep & Falsafah Ekonomi & Kewangan Islam (m.s 87-98)

Kum 4 - Islam dan Cabaran Semasa (m.s 99-110)

kum 5 - Isu Salah Faham Terhadap Islam (m.s 111-127)

*tarikh pembentangan bermula pd 24/3/2010 (Rabu)
pembentangan TIDAK MENGIKUT nombor kumpulan. Semua kumpulan perlu bersedia pada tarikh tersebut. Setiap kumpulan perlu membuat nota ringkas utk diedarkan pada semua ahli kelas. Tugasan kumpulan (esei) perlu dihantar pada hari yg sama. Format tugasan kumpulan sepertimana format tugasan individu. Tempoh pembentangan 20-25minit bagi setiap kumpulan.

*Sebarang soalan sila tinggalkan dlm box chatting / berjumpa ustaz.

Friday, February 19, 2010

Hikmah Disebalik Pelaksanaan Hudud



Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”.

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat :



Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.

Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.

Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Post asal: http://www.isuhangat.net

Sunday, February 7, 2010

Terapi Solat

Terapi Solat



Setelah memulakannya sejak beberapa waktu dahulu, kini kaedah terapi solat yang saya kembangkan sudah mula di terima oleh masyarakat Malaysia. Kira-kira dua tahun yang lepas, orang masih hijau tentang terapi solat bahkan mereka merasa takut apabila disebut solat sebagai terapi.

Namun hari ini setiap kali saya mengadakan program sebegini terutamanya dengan masjid-masjid, sambutan yang diberikan cukup luar biasa. Apa yang membanggakan saya adalah masyarakat kita sekarang sudah celik solat. Ianya bukan bermakna masyarakat kita dahulu tidak tahu melaksanakan solat tetapi mereka dahulu tidak tahu mengapa mereka perlu solat dari sudut sains minda. Dahulu mungkin, mereka merasakan untuk mengecapi apa yang dipanggil khusyuk itu sukar sekali bahkan ada yang mengatakan yang kita di akhiur zaman tidak mungkin akan khusyuk. Hal ini amat saya sangkal kerana jika kita benar-benar faham mengapa Allah swt memberi solat kepada kita maka kita akan pasti tahu bagaimana juga untuk merasakannya dengan benar.

Saya berpandangan solat tanpa rasa sama seperti lauk tiada rasa akhirnya makan tiada selera, badan merana. Justeru itu tagline yang dipakai untuk terapi solat adalah SOLAT ADALAH PUNCAK MEDITASI, KUNCI KEHIDUPAN… SENJATA ROHANI. Saya pernah menulis artikel tentang khusyuk itu mudah namun mungkin ketika itu persoalan tentang solat belum begitu kukuh dalam benak kita maka hari ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang senada yang dilontarkan oleh pengirim-pengirim email berkenaan terapi solat. Soalan yang pertama, mengapa sudah lama tidak diadakan bengkel terapi solat? Hal ini kerana saya agak terikat dengan program terapi solat yang diadakan di masjid-masjid serta di jabatan-jabatan kerajaan. Namun hal ini sudah dapat di atasi kerana pihak kami telah menyusun kembali jadual program agar ianya dapat disertai oleh orang ramai. Kami juga sedang menambahbaik website sedia ada untuk kemudahan pengunjung mendapatkan informasi tentang terapi solat.

Soalan seterusnya yang sering diajukan adalah tentang pengisiannya. Dalam hal ini, hari pertama pastinya berkisar tentang pembersihan jiwa melalui kaedah meditasi Islam atau tafakur yang sudah saya kembangkan sejak tahun 2002. Ianya akan melatih kita untuk membuat apa yang saya panggil memory editing atau menyusun kembali memori. Bagi saya hari pertama cukup penting kerana pada hari tersebutlah kita akan mengetahui mengapa selama ini apabila kita solat kita sering teringatkan pelbagai hal dan bagaimana untuk memberhentikan serangan-serangan minda minda agar kita tenteram, penuh tumpuan secara praktikal dan efektif tanpa menyusahkan. Hari pertama juga mengupas teknik minda super sedar dalam membentuk hubungan akrab antara kita dan Allah swt. Manakala pada hari kedua akan dirungkai keseluruhan rahsia solat, bermula dari rahsia azan, terapi wuduk, sejarah solat dan perlaksanaannya. Semuanya dikupas dari sudut sains minda.

Sebenarnya solat jika difahami dengan benar adalah mudah untuk DIKUASAI akan tetapi dek kerana kita sering menggunakan bahasa pasar dalam perbualan harian dan para ilmuwan pula menggunakan bahasa ilmu maka penyampaian ilmu menjadi tidak sempurna, justeru itu saya lebih banyak menggunakan bahasa pasar yang sudah lama kita gunakan agar pemahaman yang jitu dapat ditanam. Contohnya istilah khusyuk, ramai yang ingin khusyuk namun apabila ditanya apakah erti sebenar khusyuk, kebanyakan jawapan tersasar jauh dari erti sebenar khusyuk. Dalam program atau bengkel terapi solat, saya menyatakan bahawa khusyuk itu sebenarnya asyik. Nah selama ini kita sibuk untuk mencari khusyuk dan apa yang pasti ianya cukup sukar kerana yang mencari itu sendiri tidak mengerti apa yang diistilahkan khusyuk. Bukankah lebih mudah untuk menceritakan khusyuk itu sama maknanya seperti asyik. Bukankah ramai yang lebih memahaminya. Jika sudah kita faham benar istilah khusyuk barulah kita akan mudah faham akan kesilapan kita selama ini.

Jika selama ini khusyuk yang kita cari maka dengan sendirinya solat akan menjadi satu bebanan minda dan oleh kerana itu kita sering melihat orang yang kelihatannya menjaga solatnya tetapi masih mempunyai ego yang tinggi, sikap pemarah, dan hal-hal yang tidak menepati khasiat solat yang menegah dari kemungkaran. Bukankah pemarah itu satu dari berjenis-jenis mungkar kerana seharusnya mereka yang bersolat akan mempunyai ketenterama jiwa yang tinggi. Dalam hari pertama juga, kita akan sedar bahawa yang perlu dicari adalah merasa keberadaan Allah swt kerana hari ini kita kata Allah swt itu wujud tetapi kita tidak pernah merasakannya. Apabila rasa itu sudah dibenih, maka asyik akan timbul dengan sendiri, otomatik bukan paksaan. Saya suka mengungkap kata-kata seorang trainer saya, saudara Sham, katanya kita sering keliru dengan ungkapan bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seperti kita akan mati pada esok hari.

Katanya kesalahan yang sering kita bawa adalah kita bekerja bersungguh-sungguh walhal jika kita faham kita akan hidup seribu tahun lagi, kita tidak perlu bekerja hingga merosakkan tubuh hingga sanggup memohon tambahan waktu kepada 24 jam yang sudah dikurniakan. Jika kita dapat memahami ini dengan jelas maka barulah kita dapat beramal seperti kita akan mati keesokan hari. Pastinya kita tidak mahu meninggalkan amal walau sesaat dan pastinya kita akan melakukan dengan penuh kualiti. Saya bersetuju akan hal ini dan insya Allah akan kita sama-sama kupas erti tersirat yang sebenar dalam ungkapan di di artikel masa hadapan agar tiada kesalahafaman dalam melihatnya sebagai elemen motivasi. Semoga huraian ringkas ini dapat menjawab emel-emel yang diterima dan insya Allah jadual akan diwartakan di website kami.

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2009/10/terapi-solat.html 7/2/2010